Skip to main content

Ratu Elizabeth II dan Rosmah di dalam masjid


Baru-baru ini ada disiarkan di dalam Kosmo online laporan beserta gambar First lady Negara Britain, Ratu Elizabeth ii melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi dengan mengenakan pakaian sopan iaitu menutup aurat kerana menghormati rumah ibadat umat Islam. Tindakan itu memenang sewajarnya dipuji apabila seorang kafir yang tidak meyakini agama Islam cuba untuk memahami dan menghormati kesucian agama Islam.


ReJaM© tiada sebarang bantahan terhadap pemakaian First Lady of Britain ini di dalam menutup aurat bagi menunjukkan rasa hormatnya terhadap masjid kerana beliau hanyalah seorang kafir yang mungkin kurang pemahaman.


Namun sedikit teguran kepada Ratu Britain itu. Beliau sepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada First Lady of Malaysia, Datin Paduka Rosmah Mansor tentang cara sebenar menutup aurat di dalam masjid! Berikut beberapa gambar sebagai panduan kepada Ratu Britain tersebut.



Lihatlah pejuang Islam sebenar yang tidak pernah jemu siang dan malam memperjuangkan Islam untuk negara Malaysia, di bawah konsep satu Malaysia. Cara pemakaian Datin Paduka Rosmah Mansur seharusnya menjadi contoh terbaik Ratu Britain dan rakyat Malaysia umumnya sebagai ikon wanita Muslimah! Kerana di dalam diri beliau terdapat suri teladan dan contoh terbaik wanita Islam.

Anda semua pembaca sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana memiliki isteri pemimpin berjiwa Islam yang tetap mengamalkan cara hidup Islam sebenar dalam setiap tindak-tanduknya seharian.


Bagi Ratu Elizabeth, anda harus sedar bahawa anda hanyalah seorang pemimpin kafir yang tidak faham Islam! Terdapat perbezaan ketara cara pemakaian anda berbanding pejuang Islam di Malaysia iaitu Datin Paduka Rosmah Mansur! Di lain hari anda harus merujuk dahulu kepada Rosmah mansur tentang pemakaian yang sesuai saat melawati masjid.



ReJaM© "Semoga Datin Paduka Rosmah Mansur dapat membuka pintu hidayah di hati Ratu Elizabeth untuk menerima Islam!"

Sumber: MiloSuam

Comments