Skip to main content

Jersey Baru Kelantan???

 Jersi terbaru pasukan Kelantan musim 2011
Sedang membuang masa melayari internet tiba-tiba saya terpandang jersey Kelantan ini. Dengar khabar ini lah jersey terbaru yang bakal disarung pakai oleh skuad anak buah B.Sathianathan apabila menjelang saingan perlawanan pembukaan di stadium Shah Alam antara Selangor(Juara Liga Super) vs Kelantan (Juara Piala Malaysia) bagi merebut Piala Sumbangsih pada 29hb Januari 2011 ini. Komen saya ianya cantik dan nampak garang sesuai dengan semangat yang dipamerkan anak buah B.Sathianathan pada musim lalu serta tidak harus dilupakan semangat para penyokong Kelantan yang sanggup meredah bukan sahaja dari Timur ke Barat Semenanjung, malah ke mana sahaja asalkan ada melibatkan perlawanan antara pasukan Kelantan.



Ketika Pelancaran di KB Mall

 Piala yang menjadi kebanggaan buat rakyat Kelantan dan Malaysia 

Turut hadir Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA dan Timbalan Presiden FAM

 Siapa paling hensem??
 Sokongan peminat yang tak berbelah bagi. Tahniah!!

Pasukan The Red Warriors yang dibariskan dengan pemain baru selepas peristiwa 3 Abdul itu pasti mahukan kejuaraan lagi. Senarai pemain 2011 telah dikeluarkan dan Hero Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat antara warriors yang disebut-sebut turut akan turun padang. Beliau tidak asing lagi apabila membantu Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 menewaskan Indonessia tahun lepas.

Perlawanan ini sebenarnya bakal menguji sejauh mana kekuatan pasukan masing-masing dan sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini. Kejuaraan Kelantan dalam memenangi Piala Malaysia tahun 2010 pasti membakar semangat pasukan The Red Warriors untuk terus memburu kejayaan.


Namun,menurut Anuar Musa target The Red Warriors dalam musim ini tidak tinggi kerana masalah 3 Abdul yang merosakkan rancangan pasukan Kelantan untuk musim ini termasuklah Piala Sumbangsih.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada pasukan Kelantan semoga dapat bermain dengan lebih baik dari musim lepas dan pastinya Nicholas Chan akan mencuri tumpuan pada musim ini. Ya, nantikan kemunculan barisan pemain terbaru pasukan the red warriors dalam Piala Sumbangsih ini.

We Dont Have Stars but We Have Warriors!!




Comments