Adsense Link 728 X 15;

Followers

Senario Politik Kampus UiTM

Posted by Haluan Kiri Saturday, February 19, 2011 1 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
Saya yang merupakan bekas Majlis Perwakilan Pelajar salah satu cawangan UiTM tidak pernah merasakan bahang politik kampus di UiTM Shah Alam tetapi ucapan yang diberikan oleh Timbalan Naib canselor pada majlis watikah perlantikan MPP 2005/2006 di dewan Sri Budiman amat memeranjatkan saya.
Seperti yang kita sedia maklum, Professor Dr Ibrahim Abu Shah memang sudah terkenal dengan fanatiknya terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau juga yang mewajibkan setiap pelajar UiTM mengambil kursus Pemikiran Mahathir yang saya rasa tiada relevannya. Maka tidak hairanlah jika TNC kami terang-terang menyokong kepimpinan UMNO dan sentiasa meluahkan sokongannya dengan penuh keyakinan.
Berbalik kepada ucapannya kepada seluruh barisan MPP UiTM termasuk daripada kampus cawangan tahun lepas, saya merasakan bahawa Prof Dr Ibrahim Abu Shah masih belum matang untuk mentadbir sebuah universiti. Beliau dengan terang-terang melabelkan bahawa calon bukan proaspirasi adalah 'jahat' dan bakal menghuru-harakan universiti.
Beliau juga melahirkan kegembiraan apabila mengetahui calon proasprasi menang semua kerusi di UiTM. Ucapannya membuatkan saya benar-benar terkejut dan memikirkan betapa beliau menjadi penjilat UMNO terbesar di UiTM.
Apa yang mengelirukan saya, apabila ditanya mengenai politik kepartian di UiTM Shah Alam, semua pelajar tidak tahu menahu mengenainya. Apa itu proaspirasi dan siapa pula pembangkangnya? Apa yang memeranjatkan saya apabila salah seorang Mantan MPP Shah Alam menyatakan memang tiada politik kepartian di Shah Alam. Calon individu yang menang secara automatik dicop proaspirasi.
Ini amat menimbulkan kekeliruan kepada saya yang juga merupakan pelajar UiTM. Kematangan politik UiTM sememangnya berada di aras paling bawah diantara semua universiti. Senario yang menjengkelkan ini membuatkan suasana politik di sini hambar di bawah cengkaman seorang TNC yang berlagak seperti polis UMNO.



Persoalannya di sini, adakah kemenangan calon proaspirasi di semua universiti pada tahun ini adalah telus? Jika dari perspektif UiTM, sememangnya jauh panggang dari api. Tidak terasa bahang politiik seperti yang diwar-warkan dalam akhbar kebelakangan ini.
Disebabkan cengkaman dan kepentingan politik, pelajar UiTM seperti tidak menghiraukan pilihanraya kampus bila ia dijalankan. Salah seorang pelajar meluahkan rasa kesalnya dengan menyatakan "Buat apa mengundi kalau akhirnya MPP jadi balaci HEP dan Pentadbiran?" Maka lahirlah golongan MPP yang beku dan tidak bererti kepada pelajar-pelajar.-Pelajar Keliru
SHAH ALAM - Ura-ura yang didengari oleh pihak GMM dari kampus-kampus utama Lembah Klang, Pilihanraya Kampus (PRK) bakal berlaku sekitar pertengahan bulan Februari ini.
Namun apa yang mengecewakan, pelajar-pelajar UiTM masih tiada kesedaran akan terjadinya PRK dalam masa terdekat ini. Sedang kampus lain mengadakan persiapan menghadapi PRK, pelajar-pelajar UiTM masih terpinga-pinga, bagaikan meraba-raba di dalam gelap mencari lampu suluh. 
Menurut laporan PRK 2010/2011 yang lepas, UiTM mencatat kemenangan 100% dari Pro-ASPIRASI dan ini terjadi adalah berikutan tiadanya parti pembangkang yang wujud di UiTM. Sememangnya UiTM sebuah kampus yang sangat berlainan dari kampus-kampus lain terutamanya kampus besar di Lembah Klang yang mempunyai Parti Pembangkang dan Pro-Aspirasi.
Ini menggambarkan sistem yang diamalkan di UiTM adalah sistem yang tidak mempunyai hak kebebasan mengundi atau lebih tepat demokrasi. Agak lucu apabila melihat calon dari Pro-Aspirasi bertanding sesama mereka, tiada perdebatan dan kempen besar-besaran diadakan.
Cuma yang ada, sekadar menggantung dan menampal poster calon sahaja. Calon-calon pula, berkempen dari bilik kuliah ke bilik kuliah dan diekori 4 hingga 5 orang ‘tukang kempen’.
Pelajar-pelajar UiTM terperangkap di dalam kepompong ciptaan pentadbirannya sendiri, maka lahirlah pelajar yang kurang daya tahan juangnya dan nilai kepimpinan yang sangat minima.
Adakah ini tandanya pelajar UiTM tidak mempunyai jiwa demokrasi yang sememangnya diamalkan di Malaysia? atau mungkin juga pelajar UiTM telah didoktrin oleh pihak pentadbiran supaya pelajar-pelajarnya tidak tahu apa-apa tentang demokrasi. GMM akan mengupas isu ini untuk paparan yang lebih telus untuk pelajar-pelajar UiTM-GMM

p/s: Sudah Terang Lagi Bersuluh.....
Adsense Content. bottom of article

1 comments:

Anonymous said...

7 universities in malaysia having their tsunami in politics when the side of 'pembangkang' had won in their currently PRK. And I guess Uitm was not in the list. sorry, just my view.

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com