Skip to main content

AHAD INI - UNTUK ANAK MUDA

YANG MUDA BERSATULAH!

JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT
Salam hormat,

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada :

Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)

Masa : Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Destinasi: KL Sentral - Seremban - KL Sentral

Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara. 

Selain menunjukkan rasa protes & ketidak puas hatian terhadap situasi politik negara pada masa kini, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan prekembangan politik yang lebih sihat & konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.

Siri jelajah ini akan bermula dari stesen KL Sentral pada jam 8.00 pagi di mana seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat & kain rentang.

Seterusnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang & mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban. Kemudian, mahasiswa akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa & seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir.

Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat KL Sentral - Seremban yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dari UM,UKM,UPM,UPSI,KUIS,USIM,UIA,UTMKL,UNISEL & UITM ini merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan ia juga merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat.

Terima kasih,

Ahmad Shukri Kamarudin
Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
013- 3676 124

Comments