Skip to main content

LIHAT VIDEO INI - LEPAS INI ESKAY KENA BELAJAR MENGUCAP DAN BELAJAR BAB QAZAF



Tahniah kepada ustaz tu yang sedar tanggungjawabnya menegur geng three strooges yang jahil tu tentang apa dia sumpah. Tanggungjawab dia dah lepas, terpulang kepada geng strooges termasuk dengan yang ada kes dakwaan rogol budak bawah umur dulu untuk bersumpah, tapi dia cerdik tak mahu bersumpah. Dia guna wakil, katanya tapi kita dengar Eskay hanya sebut `aku' bukannya `kami' bertiga. Nampaknya Eskay yang bodoh.



Awal-awal lagi Eskay baca `Bismillah...' dah tak betul. Paling mengejutkan, mengucap dua kalimah syahdah langsung tak betul....cuba dengar dia mengucap...Macam orang tak biasa mengucap je....Bukankah tiap kali kita sembahyang ada lafaz dua kalimah syahadah di dalam bacaan Tahiyyat? Kalau mengucap macam tu, budak kelas PASTI pun ketawa dengar.

Tak macam Saiful dulu, ada Imam tolong betulkan kalau salah. Kali ni, buat sendiri je takde siapa nak bersubahat melainkan seorang pegawai agama dari JAWI yang aku pun tak tahu dia tu tahu ke tidak pasal sumpah ni.

Puak tu sibuk nak sangat Anwar bersumpah, tapi nak bawa ke mahkamah syariah tak mahu. Biarlah mahkamah syariah putuskan samada Anwar kena bersumpah atau tidak kerana tuduhan ini berat di sisi Islam. Mengapa pilih jalan mudah dengan bersumpah?

Sebabnya, kerana semua yang mereka cipta sudah ditertawakan orang. Skrip Eskay bercelaru dari terjumpa kamera tersembunyi, kemudiannya mengaku memang dia ada di dalam bilik masa kejadian. Mengapa mengaku ada dalam bilik? Terpaksa, pasal terakam pula kelibat orang ketiga. Dan, banyak lagi bahan ciptaan mereka yang kini sudah terbongkar. Untuk hilangkan aib diri sendiri, tiada pilihan....alang-alang buat dosa besar menfitnah...teruskan je dengan bersumpah.

Kesannya apa? Adakah orang percaya dengan kerja si Munafik? Kesannya, malam tadi puluhan ribu hadir di dalam ceramah Anwar di Ampang.....Anwar tidak terhina dengan sumpah si Fasik, malahan Anwar semakin disanjung....Yang terhina siapa? Si Fasik yang terhina...takut berdepan dengan orang ramai yang menanti selepas Jumaat. Bila orang ramai sudah balik, Si Fasik datang bersama three Strooges buat persembahan karut, lepas tu bergegas keluar....Di dunia lagi Allah tunjukkan mereka terhina di mata rakyat....rasa takut dengan sendirinya sehinggakan memakai baju kalis peluru......Bukti tiada kekuatan rohani untuk berdepan dengan kebenaran....

Anwar tetap disanjung, berani mengikut peraturan Islam dengan merujuk kes ini ke mahkamah Syariah, bukan berani melawan peraturan Islam seperti geng three strooges yang teramat jahil dan fasik itu. Apa pun tahniah kepada Polis yang menjaga puak jahil itu seperti mengiringi PM....mereka mungkin lupa yang mereka iringi dan kawal itu adalah penyebar video lucah yang salah di sisi undang-undang....Malaysia Boleh !!

Comments