Skip to main content

Ponteng Kelas Hasil Berbaloi jadi Juara Nasyid Peringkat Negeri Selangor

Di saat penulis menunggu keputusan pilihanraya DUN Sarawak di laman-laman sesawang blogger dan facebook, penulis dikejutkan dengan berita kemenangan adik penulis iaitu Muhammad Zuhair b. Fauzi di atas pencapaian selaku Johan acara Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Selangor 2011 yang berlangsung di Bangi tengah hari tadi. Sebaik mendengar berita kemenangan tersebut hasrat penulis memang ingin menulis terus didalam blog tetapi ketiadaan gambar menyebabkan penulis menangguhkan hasrat untuk menulis dan hari ini penulis berpeluang menulis sedikit atas pencapaian adik penulis.


Keluarga kami sememangnya tidak menjangka adik kami akan menjadi juara kerana rata-rata yang bertanding di sana dikatakan hebat-hebat belaka. Mungkin berkat tunjuk ajar,nasihat dan usaha yang berterusan menyebabkan mereka menjadi juara pada edisi kali ini. Untuk makluman semua, adik penulis ni sememangnya telah banyak kali ponteng kelas sama ada sekolah kebangsaan (sesi pagi) dan sekolah agama (sesi petang) semata-mata kerana menyertai latihan nasyid yang diadakan. 

Bonda juga melahirkan kebimbangan yang sama tentang prestasi akademik adik yang semakin lama semakin merudum. Penulis juga tidak terlepas memikirkan perkara yang sama tetapi alhamdulilllah berkat usaha adik selama ini, hasil ponteng kelas banyak kali, akhirnya usaha latihan mereka itu berbaloi dengan pencapaian selaku Johan dan seterusnya akan mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Johor Julai nanti.

Akhir sekali, penulis sekali lagi menyatakan kebangaan terhadap adik penulis kerana beliau lah satu-satunya ahli keluarga kami yang pernah mewakili peringkat Kebangsaan. Tahap pencapaian itu belum dicapai oleh mana-mana ahli keluarga kami sebelum ini. Penulis hanya pernah menyertai sebagai penganjur di peringkat Kebangsaan tetapi penulis tidak menjadi peserta masa itu cuma peluang semasa belajar di Matrikulasi Pulau Pinang dan di UiTM Shah Alam lebih terbuka luas untuk penulis menyertai peringkat kebangsaan.Apa-pun marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Johor nanti. Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil. Gud Luck!!

P/S: Penulis agak kecewa kerana tidak dapat menghadiri pertandingan nasyid ini di bangi semalam kerana masalah-masalah peribadi. Hajat penulis memang ingin melihat dan beri sokongan kepada beliau. Mungkin penulis akan berangkat ke Johor bersama-sama keluarga ke sana nanti. Insyaallah....



Comments