Adsense Link 728 X 15;

Followers

Saya Tidak Perlukan email 1Malaysia.. Anda??

Posted by Haluan Kiri Thursday, April 21, 2011 4 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Saya terpanggil untuk menyahut seruan rakan-rakan blogger yang lain untuk menyatakan pendirian berkenaan email 1Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, adakah anda memerlukan email 1Malaysia? Apakah fungsinya email tersebut? Bukankah kita semua sudah mempunyai email seperti Gmail dari Google dan Yahoomail dari Yahoo? Saya sendiri memiliki berbelas-belas email percuma dari Gmail dan Yahoo, itu tidak termasuk dari email-email percuma jenis lain.

Apa relevannya email 1Malaysia? Apa yang saya nampak di sini ialah satu lagi pembaziran wang rakyat oleh kerajaan yang memerintah. Saya bukan bercakap pasal politik, jika kerajaan Jepun atau Perancis sendiri pun yang mahu membuat projek email 1Japan atau 1France, saya tetap akan membantah kerana ianya membazirkan wang rakyat. Bayangkan sebanyak RM50 juta wang rakyat akan dihanguskan oleh kerajaan bagi mengendalikan sistem email ini.
RM50 juta akan “dianugerahkan” kepada syarikat Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang bukan saja tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan “lemah” atau “buruk.” Syarikat Tricubes itu pula dikatakan sebenarnya ada kaitan dengan adik kepada PM, iaitu CEO CIMB Bank. Bagi memulihkan syarikat yang hampir “bungkus”, dana sebanyak RM50 juta diperlukan bagi menyelamatkannya.


Satu lagi kerja menyelamatkan kroni oleh kerajaan yang memerintah. Tetapi kerajaan hari ini menafikan bahawa wang sebanyak RM50 juta yang akan digunakan bagi mengendalikan email 1Malaysia akan menggunakan wang rakyat, sebaliknya adalah wang dari Tricube. Hairan bin ajaib, sebuah syarikat bermasalah mendapat kontrak mengendalikan email 1Malaysia tanpa menggunakan sesen pun duit kerajaan, sebaliknya menggunakan modal sendiri, sukar dipercayai tetapi benar jika mengikut kenyataan pihak kerajaan.
Pendirian saya ialah menentang penyalahgunaan wang rakyat bagi menyelamatkan kroni, jika wang untuk kegunaan rakyat banyak pulak alasan, tapi untuk kroni jangankan RM50 juta, RM500 juta pun boleh dihanguskan. Jika anda rasa anda perlukan email 1Malaysia, anda tidak perlu lakukan apa-apa di sini, tetapi jika anda berpendapat untuk sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang menolak penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat, sila ikuti link Facebook ini 1M Malaysians who don’t want Najib’s 1 Malaysia email dan sila like tanda menyatakan sokongan anda.
p/s : Mula-mula kata RM50 juta, lepas tu kononnya ada masalah atau perlu upgrade sistem, tambah lagi RM50 juta, kemudian tambah lagi sampai jadi RM500 juta..tak apa, itu bukan wang rakyat, itu wang syarikat yang bermasalah dan hampir “ditendang keluar” dari Bursa Malaysia.
Adsense Content. bottom of article

4 comments:

Anonymous said...

saya mintak share ye...;-)

Zhafran Fauzi said...

hehe...sila kan...=)

-MuHaMMaD aNuaR- said...

pohon share///;)

Zhafran Fauzi said...

my pleasure..=)

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com