Skip to main content

Aku Sedih Kerana Tidak Dapat Membela…

Tuhan…!
Jiwaku terseksa ramai orang yang teraniaya dan dizalimi..
Sedangkan aku tidak dapat membelanya…
Ramai orang yang menzalim,
Aku tidak dapat menahannya…




Tuhan….!
Berapa ramai anak-anak yatim,
Fakir miskin dan orang-orang tua yang terbiar…
Didalam semua hal,
Aku tidak dapat membelanya dan menguruskannya..
Mereka setiap masa menunggu pembelaan…
Namun demikian tidak kunjung tiba…
Berapa ramai orang-orang tua yang terbuang
Keluarga mereka pun sudah tidak mempedulikan mereka..
Aku tidak tahu bagaimana hendak membelanya…
Kerana aku juga tidak ada tenaga dan kuasa…
 
Tuhan..!
Itulah diantara aku rintihkan…
Masalah inilah yang selalu aku renungkan dan menungkan…
Tapi aku sendiri pun tidak dapat mengadakan jalan penyelesaian..
Adakalanya aku menangis bersendirian…
Terutama menjelang tidur di waktu malam..
Kerana aku tidak dapat menjadi pembela..
Kepada mereka semuanya..
Aduh! Sedihnya aku…
Aduh! Hibanya hatiku…

Tuhan..!
Apa yang berlaku pada mereka…
Janganlah aku dipersalahkan..
Lebih-lebih lagi jangan engkau bertindak
Terhadap aku kerana terbiarnya mereka…
Aku memohon maaf dan ampun…
Kerana tidak dapat membela mereka…
Berilah aku kekuatan agara aku dapat menjadi pembela…
Ataupun engkau datangkanlah pembela
Agar masalah mereka selesai……
Kaya dan miskin ialah takdir TUHAN yang terlalu banyak hikmahnya, menjadikan manusia saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Pengagihan rezeki kepada hamba-hambanya merupakan satu ujian kepada manusia. Bila mana orang kaya menjadi pembela kepada golongan yang memerlukan sehingga mereka sangat merasai pembelaan daripada si kaya, maka akan wujudlah kasih sayang di antara 2 golongan ini, sekaligus dapat menangani masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat seperti ragut, rompak, bunuh, rasuah dan lain-lain yang sangat menakutkan diwaktu ini. Apa ertinya kaya dengan memiliki segala kekayaan tetapi hidup dalam ketakutan dan tiada kebebasan.


Si miskin memerlukan si kaya untuk dunianya…
Si kaya memerlukan si miskin untuk akhiratnya…

Simpanan di dunia untuk ditinggalkan..
Pemberian kita itulah simpanan untuk kegunaan kita di akhirat..
Kehidupan yang kekal abadi…



Comments