Adsense Link 728 X 15;

Followers

AUKU: Siapa pejuang mahasiswa sebenar?

Posted by Haluan Kiri Saturday, May 28, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
NONE
Sejarah gerakan mahasiswa terus ditekan dan dihimpit hebat terutama daripada kerajaan kerana kesuburan gerakan mahasiswa mula menampakkan pencerahan bukan sahaja kepada individu yang bergelar mahasiswa bahkan kepada anak muda dan masyarakat umumnya.


Gerakan mahasiswa seringkali dilabel dengan pelbagai nama dan gelaran. Tetapi semua itu tidak pernah sekali mematahkan hasrat dan imian mahasiswa bahawa mahasiswa bukan budak sekolah yang boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak dan mahasiswa adalah golongan bebas yang suatu masa nanti akan memimpin negara mengantikan para pemimpin yang ada sekarang.

Gerakan mahasiswa dihenyak-henyak bagi mengekang dan menutup jalan juang pemimpin dan ahli gerakan mahasiswa untuk terus menyatakan hak dan kepentingan mahasiswa dan mengepalai masalah atau isu yang membelenggu masyarakat di Malaysia. 

Perjuangan mahasiswa bukan sahaja melingkari kampus semata-mata tetapi hingga ke peringkat memberikan isyarat yang jelas kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Tetapi, gerakan mahasiswa terus dihalang dan disekat dengan wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Bila menyebut sahaja AUKU, sudah tergambar bagaimana rakusnya akta ini mengikat dan merantai setiap inci pergerakan seorang yang bernama mahasiswa.

NONE

'Kunci' penutup

Nyata, dengan wujudnya AUKU ini, gerakan mahasiswa menjadi semakin hebat. Akta ini langsung tidak menjadi 'kunci' penutup kepada sebuah entiti yang bernama gerakan mahasiswa. 

Ramai Mahasiswa yang dikenakan AUKU malahan ada yang pernah digantung semester. Semua ini sudah menjadi sinonim dengan gerakan mahasiswa tetapi tidak pernah mematahkan semangat dan daya juang mahasiswa.

Mahasiswa terus bangkit dan melawan Akta yang dikatakan zalim dan tidak adil ini. Melawan dengan pelbagai cara sehingga sanggup berdemo di atas jalan-jalan raya membawa suara protes keras kepada kerajaan terhadap AUKU ini. 

Walaupun berlaku beberapa pindaan terhadap akta ini namun semua itu ibarat dogengan sahaja.

Ada yang mencabar AUKU sehingga ke Mahkamah Tinggi dan ada pula yang berani berhujah dalam prosiding AUKU di kampus menyatakan kebenaran sambil berdepan dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP). 

Pembangkang dalam Pakatan Rakyat berhujah lunak di Parlimen menyatakan kesungguhan dan komitmen mereka untuk memansuhkan AUKU jika memerintah Malaysia. 

Namun, kerajaan masih dengan komitmen mereka mempertahankan AUKU sebagai peraturan Universiti.

Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa negeri itu bebas dari jajahan takluk AUKU dan kolej atau universiti di bawah kerajaan negeri bebas AUKU. Bunyinya rancak dan hebat tapi praktikalnya masih menjadi tanda tanya.
NONE
Retorik politik

Apakah ini sekadar retorik politik atau impian sebenar Kerajaan Pakatan Rakyat.
Tetapi dalam masa yang sama, 17 mahasiswa di Universiti Malaya dikenakan perbicaraan AUKU kerana dikatakan 'terlibat' dan 'merancang' perhimpunan sewaktu di dalam pilihan raya kampus.

Amat mencuit hati lagi, apabila pertuduhan yang dinyatakan mensabitkan mahasiswa yang melakukan sidang media.

Nun jauh di sana dalam dakapan emas kerajaan Kedah pimpinan Pakatan, barangkali seperti lubuk emas tetapi masih beriman dan berpegang dengan AUKU sedang dalam pimpinan Pakatan Rakyat yang lain telah bersetuju AUKU bukan untuk mahasiswa. 

Tetapi apakan daya niat tidak sampai barangkali kerana jauh perjalanan, enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) 'kalah' dengan AUKU.
  • Mohd Faiz Mohd Arshad: Digantung dua semester pengajian
  • Mohd Aiman Che Ab Razab: Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
  • Zukhilatif Marzukhi : Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
  • Mohd Azlan Mat Zain : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
  • Ahmad Remi Md Arof : Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
  • Mohamad Farhan Mohamad Baharin: Surat amaran dan denda RM100
Yang terfikir di fikiran, siapa yang sebenarnya memperjuangkan AUKU agar dihapuskan kini?

Di mana silap?

auku, university demo
Di mana silap enam mahasiswa KUIN ini sehingga dijatuhkan hukuman sebegitu rupa walaupun tekad menyatakan AUKU tidak releven untuk mahasiswa. 
Kenapa perlu lagi di negeri Pakatan Rakyat menggunakan AUKU sebagai kiblat untuk menjatuhkan hukuman?

Aneh dan ajaib... tetapi realitinya berlaku di negeri tersebut. 

Bukan kritikan yang diberikan tetapi penjelasan yang setimpal perlu dinyatakan agar mahasiswa dan masyarakat tidak hilang kepercayaan akan datang. 

Jika kerajaan BN menggunakan AUKU sejak dulu, kini dan selamanya tetapi hari ini mahasiswa perlu melawan dua kerajaan yang berlainan untuk mempertahankan hak sendiri.

auku, university demoIbarat sudah jatuh ditimpa tangga... yang diharapkan bertukar menjadi mimpi ngeri. 

Tetapi perjuangan harus diteruskan tidak kira siapa yang harus dilawan. Paling penting, AUKU harus dimansuhkan terus dalam diari hidup mahasiswa dan ditukar dengan peraturan baru yang mencerna bibit-bibit intektual yang bernas dan segala pandangan mahasiswa dibiarkan terus mekar sebagai 'check and balanc'e kepada kerajaan mahupun pembangkang.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Penulis adalah mantan setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com