Skip to main content

[update](Gambar) Tanah Runtuh timpa 20-30 penghuni Anak Yatim At-Taqwa

Ya Allah....Subhanallah......


Ini berita yang baru penulis terima dari sahabat blogger dan sumber-sumber berita sahih, mengenai tanah runtuh di Hulu Langat Selangor yang menimpa rumah anak-anak yatim di batu 14, Hulu Langat. Sehingga kini 2 mayat telah ditemui sementara 21 mangsa lain dicari sambil 7 lagi terselamat.



Megikut laporan terkini dari Tv3, seramai 20-30 orang penghuni asrama anak-anak yatim di Sungai Semungkis, Hulu Langat  dipercayai tertimbus akibat dari kejadian tanah runtuh yang berlaku jam 2.20 petang tadi. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.  Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.



Petikan dari mstar.com.my
Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.
Kini satu mayat telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera. - BERNAMA



Petikan Daripada Berita Harian Online
KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.
Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.

Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. -BH

Tanah runtuh: Mangsa nampak kawan-kawan sudah tertimbus-SH
KAJANG: "Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh," kata seorang penghuni rumah anak yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohd Faizal Isni, 17.
Menurut Faizal, ketika ketika kejadian dia pergi ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku dalam seklip mata.

Sementara itu, Ketua Warden Rumah Anak Yatim, Mohamad Hambali Ismail,34, berkata, ketika kejadian berlaku, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan penghuni rumah terbabit.
Ketika kejadian jam 2.15 petang itu, anak yatim terbabit berlatih kompang dan nasyid sementara menunggu ketibaan tetamu.

"Pada waktu itulah saya terdengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya dan tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Rumah anak yatim itu mempunyai 34 penghuni lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.-SH



Kejadian tanah runtuh: 24 terperangkap
KAJANG - Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian itu berlaku.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 20 pelajar dan empat warden terpeangkap dalam runtuhan tersebut.

"Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian dan menyebabkan dua mangsa maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang sekiranya berlaku lagi runtuhan.

Sementara itu, dalam laman Twitter, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.

"Saya sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebabkan kematian. Kerajaan negeri akan sediakan tabung bantuan mangsa dengan segera," dipetik daripada Twitternya.

Seramai 49 orang berada di kawasan terbabit ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku



P/S: Teringat pada sebuah puisi yang penulis pernah siarkan 2 minggu lepas tentang anak yatim. Bagi sesiapa yang belum baca, anda boleh membacanya disini http://zhaf-akumenulis.blogspot.com/2011/05/aku-sedih-kerana-tidak-dapat-membela.html

Comments