Skip to main content

Anonymous Menghantar Mesej Untuk Serangan #OpMalaysia Kedua

Selepas mesej pertama tempoh hari daripada Anonymous tempoh hari yang memperlihatkan lebih daripada 90% serangan dan godaman daripada para pengodam tempatan, kini Anonymous dilihat telah pun menghantar mesej yang kedua kepada kerajaan tempatan, dimana melalui serangan kedua ini, mereka mensasarkan untuk menyerang laman web Perdana Menteri di http://www.pmo.gov.my/ pada 4 Julai 2011 kelak.

 
Ianya dilihat yang mana ianya masih lagi berkaitan dengan halangan laman-laman seperti The Pirate Bay dan juga WikiLeaks, dan diperkatakan sebagai melanggar hak asasi seseorang manusia. Melalui video yang dimuat-naik juga, Anonymous memperkatakan yang mana mereka akan menjatuhkan infrastruktur negara, dan menjadikan hari tersebut salah satu hari yang diingati oleh semua orang.

Bebeza dengan sebelum ini yang mana mereka menyerang pada waktu tengah malam, kali ini mereka merancang untuk menyerang sekitar pukul 9.30 malam pada 4 Julai 2011. Melalui mesej yang dihantar sebelum ini, sebanyak lebih 198 laman web terjejas, dan kerajaan memperkatakan yang mana sebanyak 90% serangan hadirnya daripada dalam negara sendiri.


P/S: Laman web PM bhai!!gila kental anonymous ni nak hack web PM!!Ni la balasan si Rais Yatim cuba menunjuk belang...nah rasakan balasan yang akan diterima oleh kita semua!! Boleh baca keangkuhan Rais Yatim di sini

Comments