Skip to main content

Apa pun tak boleh!!

Umum mengetahui negara kita dilanda fobia warna kuning atau lebih tepat lagi dipanggil 'demam kuning'. Ini realiti dan fakta bukannya auta kerana hampir semua paparan berita di media massa berkaitan dengan soal warna kuning.


 Dan bertambah parah apabila media2 rasmi yang sepatutnya menjadi suara rakyat kini telah pun menjadi lidah rasmi bagi pihak2 berkepentingan dengan menyebarkan berita yang berunsurkan fitnah, provokasi serta ugutan kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai perhimpunan tersebut.


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang pemuda diusir keluar dari masjid ketika hendak menunaikan solat oleh seorang pak cik masjid. Dia dihalau oleh pak cik masjid tersebut hanya kerana memakai tshirt kuning dan tertera perkataan "bersih" . 





HK tertanya2 adakah lelaki terbabit berpakai pakaian menjolok mata?? atau adakah lelaki terbabit memakai pakaian yang tertera perkataan lucah? atau adakah kerana lelaki terbabit datang ke masjid untuk membuat huru hara??Yang pastinya lelaki terbabit datang hanya untuk menunaikan SOLAT!! 


Dan yang paling tak masuk akal ialah tentang fatwa terbaru yang dikeluarkan oleh seorang Menteri mengatakan bahawa haram memakai baju kuning yang tertera perkataan 'bersih'.
Alahai menteri ni.....................kalau nama jantan, takkan dengan tshirt pun takut!



HK pasti seluruh dunia akan tertawakan kita dek sikap pemimpin kita yang mempunyai pemikiran kurang cerdik dan sempit. HK ingin bertanya adakah salah kalau kerajaan memberikan kebenaran atau memeberikan sedikit ruang untuk mendengar masalah rakyat bawahan? 

Tuntutan bersih bukanlah untuk menggulingkan kerajaan dan mereka sendiri telah berjanji  untuk berhimpun secara aman tanpa melakukan apa2 kerosakan. Contoh boleh kita ambil dari kejadian bersih tahun 2007 yg lalu.

HK teringat kata2 PM kita DS Najib mengeluarkan satu kenyataan yang boleh dikatakan selari dengan perjuangan beliau iaitu “rakyat didahulukan……”. HK petik kata2 itu yang berbunyi

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."

Itu ucapan DS Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH. Sebaliknya DS Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar. Akan tetapi sayangnya peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

Alangkah indah jika pemimpin negara kita turun ke bawah dan sanggup mendegar tuntutan2 mereka (itupun sekiranya mereka anak jantan).


Yang paling kelakar adalah apabila memakai pakaian BERSIH dikatakan menyalahi undang2 negara. HK nak tanya undang2 mana yang menyebut begitu? Pakai baju BERSIH pun salah? Agaknya mereka ini suka pakai baju KOTOR. Ya,lepas ni, semua murid-murid dikehendaki memakai baju KOTOR ke sekolah. Nak masuk masjid pun kena pakai baju KOTOR. Kalau tak, kena halau dan dihumban ke lokap. Nak buat macam mana kan.Pada HK senang je,kalau otak dah KOTOR, memang tak dapat terima benda-benda BERSIH ni. Orang PENGOTOR memang tak sukakan KEBERSIHAN. .betul tak?

Warna kuning kini menjadi ancaman kepada Negara. Kini bukan pengganas,peragut,perempit dan penjenayah juga yang menjadi musuh serta ancaman kepada tetapi warna turut menjadi bahan ancaman. Selepas ini HK cadangkan semua lampu isyarat kuning akan ditukarkan kepada warna biru. Pili bomba juga tidak lagi berwarna kuning. Buku telefon, Yellow Pages juga akan ditukarnama menjadi Blue Pages mungkin. 

Nama penyakit demam kuning akan menjadi demam merah. Pokok-pokok pisang juga harus ditebang. Kasut Pua Chu Kang hanya akan dijual dengan warna hitam sahaja. Hasil penjualan ubat gigi juga dijangka meningkat mendadak kerana orang ramai bimbang ditangkap kerana gigi kuning. Nak buang air besar? Pastikan 'hasil'nya tidak berwarna kuning!!


Kepada pengguna Digi, HK nasihatkan anda boleh mula berkira-kira untuk bertukar ke rangkaian lain seperti Celcom atau Maxis kerana dikhuatiri signal Digi hanya akan tinggal 1 bar atau zero. Sebab maskot Digi, Yellow Man kemungkinan besar akan di penjara dan dihukum gantung mandatori. Watak power rangers kuning, teletubbies kuning dan Spongebob juga akan diharamkan di Malaysia. Manakala watak Bumble Bee dalam cerita Tranformers yang baru menjengah pawagam juga akan di'censored'kan!!



Ya, begitulah betapa hebatnya fenomena kuning BERSIH yang sedang melanda Malaysia yang sekarang ini hingga menimbulkan rasa fobia teramat sangat bagi pihak yang berkenaan. HK tertanya2 dan pasti rakyat Malaysia yang dahagakan demokrasi turut tertanya hal yang sama, kenapa semua itu dikatakan HARAM? Sedangkan aurat isteri dibiarkan terdedah, halal pula? Artis seksi-meksi, tidak pula dikutuk, bagaimana? Sedangkan selebriti yang berperwatakan muslimah pula dikecam teruk? Judi, arak, masih halal dijual? Pondan siam tu agak2 boleh jawab tak??

 



HK kesian melihat ramai anak muda yang tak paham  atau buat2 tak paham dengan tuntutan bersih ini. Seringkali  Bersih dicemuh seolah2 apa yang ingin dituntut itu bakal mendatangkan kerugian kpd Negara. Mengenai perhimpunan aman juga, ramai yang tidak paham. Tujuan perhimpunan ini bukanlah bertujuan menggulingkan kerajaan.

Mana2 perhimpunan yang diadakan di mana2 negara pastinya bertujuan untuk menunjukkan perasaan yang terpendam atau menyuarakan perasaan yang sekian lama tidak diendahkan oleh pihak tertentu. Dan dengan berlakunya perhimpunan seperti ini, ia secara tidak langung dapat membuka telinga dan mata pihak berkenaan akan sesuatu masalah. 

p/s: Kita jangan lupa perjuangan kemerdekaan oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abd Rahman juga hasil dari rapat umum dan perhimpunan aman. Tak kenal Dato’ Onn??Melayu Mudah Lupa…………….

Ketinggalan keretapi serta tak tau apa sebenarnya yang berlaku diibaratkan anda bagai katak di bawah tempurung.

Comments