Skip to main content

Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul

KUALA LUMPUR, 10Jun- Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.


"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.




"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.


                                 
Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.



"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang. -Mstar


Ulasan HK:
Pertama sekali HK nak ajukan persoalan ini kepada penonton dan pengarah kedua-dua cerita ini. Apakah moral (pengarajaran) di sebalik kedua-dua cerita ini?

Jikalau penonton dapat menjawab dan dapat merasai apakah pengajaran yang terlindung disebalik cerita ini bagus lah cume HK sendiri tak pasti apakah motif cerita ini dibuat. 

Apakah kerana mereka mahu menonjolkan filem aksi semata-mata tanpa mengetengahkan moral values untuk penonton? 

Apapun tahniah HK ucapkan kepada Syamsul Yussof kerana berjaya membawakan sebuah filem yang pada HK sangat berjaya dan percubaan berani daripada beliau harus dipuji. 

Kutipan tiket hari pertama sangat menakjubkan dan ini menunjukkan filem melayu kita berjaya menambat hati warga Malaysia untuk menonton filem melayu tersebut.

Berbalik kisah Pekida di atas ini, apakah masalah yang membuatkan Pekida mahu mengambil tindakan terhadap 2 orang pengarah ini??

Adakah mereka telah melanggar undang-undang negara ataupun adakah mereka telah menutup periuk nasi puak2 Pekida ini?

Pada HK, tak berbaloi dan tak berfaedah pun sekiranya Pekida nak ambil tindakan sebab ramai yang sudah tau perkembangan Pekida dengan ahli2nya yang berlagak seperti kumpulan kongsi gelap Melayu dan menggunakan nama melayu untuk menjadi gangster di negara kita.

HK berani cakap kerana ade rakan-rakan HK yang terlibat dengan kumpulan ini.

HK tidak menentang niat murni mereka sekiranya mereka berjuang untuk orang melayu amnya dan orang Islam khususnya tapi soal nak saman menyaman ni tak usah lah. Buatlah kerja seperti orang ISLAM. 

HK tertarik dengan kata2 Syamsul Yussof yang berbunyi

"Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam. Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan. Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini"

Syabas Syamsul!!


Comments