Adsense Link 728 X 15;

Followers

Sistem Pertahanan Komputer Kerajaan Rapuh

Posted by Haluan Kiri Thursday, June 16, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
HK dah ulas sebelum ini bahawa, Malaysia ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang bebal IT sekalipun di Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, maka itu, sekalipun telah diberi amaran bahawa serangan akan berlaku ke atas laman-lamanweb kerajaan, menteri-menteri yang hanya pandai bercakap ini tidak memandang ia sebagai serius dan justeru itu ia tidak mengambil langkah berkesan untuk menghalang berlakunya pencerobohan berkenaan.

Menteri yang menjaga hal-ehwal komunikasi dan multimedia heboh pula mengedarkan netbook untuk pelajar-pelajar sedangkan beliau sendiri buta IT.



Mereka tidak berupaya untuk mewujudkan kumpulan pakar IT yang baik bagi persiapan mempertahankan lamanweb dan portal kerajaan daripada pencerobohan.

Itu mujur penceroboh telah "baik hati" kerana memberi amaran lebih awal.

Dalam banyak kes pencerobohan jarang berlaku perkara sedemikian dimana lazimnya penceroboh akan terus menerjah dan "mengambil-alih" skrin utama lamanweb.

Kita khuatir pencerobohan yang berlaku bukan sekadar pengambil-alihan skrin utama, tetapi yang lebih membahayakan pihak penceroboh telah dapat mengakses pengkalan data dan kemudian mencuri maklumat-maklumat berharga dari pengkalan data berkenaan.

Wikileaks adalah contoh terbaik dimana pengkalan data berjaya diakses dan maklumat di bawa keluar dari server mangsa. 


KUALA LUMPUR, 16 JUN – Kerajaan Malaysia dilihat gagal menangani usaha oleh sekumpulan penggodam, kerana sehingga jam 11 pagi, laman web rasmi www.malaysia.gov.my masih belum pulih.
Bagaimana pun, menurut kenyataan rasmi oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia yang dikeluarkan hari ini, sekurang-kurangnya 51 laman rasmi kerajaan gov.my telah digodam.


Tambah SKMM, serangan dipercayai bermula lebih kurang 11.30 malam tadi.
“Kami tidak rasa usaha pemulihan laman-laman ini mengambil masa yang lama,” kata kenyataan tersebut hari ini.


Jelas kenyataan media itu lagi, serangan oleh penggodam kian surut bermula 4 pagi ini. Pada 12 Jun lalu, sekumpulan penggodam antarabangsa dikenali Anonymous megeluarkan kenyataan untuk menggodam laman rasmi kerajaan Malaysia berikutan undang-undang ketat kerajaan Malaysia menyekat beberapa laman web perkongsian fail.


Menurut kenyataan yang dipetik dari laman Pastebin.com 12 Jun lalu, penggodam Anonymous melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang paling ketat undang-undang terutamanya kebebasan terhadap media.


“Undang-undang penapisan tidak boleh dimaafkan, kerajaan Malaysia telah melanggar kebebasan manusia,” kata kenyataan itu.


Tinjauan Roketkini mendapati sehingga jam 8 pagi, hampir 10 laman web kerajaan dan agensinya tidak dapat dilayari akibat dari serangan oleh penggodam tersebut.


Antara laman web yang digodam ialah:
  • http://www.mocat.gov.my/
  • http://www.cidb.gov.my/
  • http://bpp.treasury.gov.my/web/
  • http://www.aseanconnect.gov.my/
  • http://www.parlimen.gov.my/
  • http://www.kpkk.gov.my/
  • http://www.imi.gov.my/
  • http://www.tourism.gov.my/
Bagaimanapun laman-laman web tersebut semakin pulih, kecuali laman www.malaysia.gov.my sehingga 11.30 pagi ini. Petang semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan laman web kerajaan selamat daripada digodam.  – Roketkini.com


Kenyataan Rasmi SKMM
SKMM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan hacker malam tadi. Berikut kat bawah ialah kenyataan SKMM yang HK translate kepada bahasa melayu dengan ambil beberapa point penting je ;

1. SKMM melaporkan serangan bermula jam 11.30 malam pada 15 jun 2011.

2. Serangan di sasarkan ke atas semua website kerajaan yang memiliki domain gov. my. [kecuali web pendidikan]

3. Sebanyak 51 website kerajaan telah diserang malam tadi dengan 41 daripada nya mengalami pelbagai gangguan [lumpuh sementara]. Namun tindakan drastik telah dibuat untuk memulihkan website2 tersebut semula. Walau bagaimanapun website SKMM terselamat dalam serangan terbabit.

4. SKMM memaklumkan serangan terbabit memberikan sedikit impak kepada pengguna. Namun masih dalam pengawalan dan pemantauan SKMM.

5. Serangan hacker mulai kendur [berkurangan] seawal jam 4 pagi. Akan tetapi SKMM akan terus berkerjasama dengan ISP dan agensi2 penguatkuasa yang lain untuk memantau ancaman serangan.

6. Dalam pada itu SKMM mengingatkan orang ramai agar menyalurkan sebarangan informasi mengenai hackers ini jika orang ramai mendapat apa2 maklumat bagi membolehkan pihaknya mengambil sebarang tindakan undang2 bagi menghukum pesalah hacker kerana ia salah satu kesalahan serius dan boleh dhukum melalui undang2.

P/S: Anda berbelanja jutaan ringgit mewujudkan kumpulan apa yang dinamakan cyber-trooper untuk menggodam lamanweb, portal dan blog-blog mereka yang tak sehaluan dengan pandangan kerajaan, kini portal & lamanweb anda di serang. What goes around turns around!


Nak wujudkan kumpulan pertahanan sistem komputer pun tak berupaya, inikan pula nak wujudkan kumpulan pertahanan logi nuklear yang kononnya "kegagalan-sifar".



Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com