Skip to main content

MP PAS Titiwangsa Dr. Lo'lo' meninggal dunia



Baru dapat berita dari Twitter dan Facebook Dr. Lo'lo' mengatakan bahawa beliau telah meninggal dunia sebentar tadi. Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat [Twitter]. Difahamkan arwah sudah terlantar beberapa hari di hospital kerana menghidap barah.

Dr. Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.


P/S: Al-Fatihah.....semoga pejuang Islam ini ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Comments