Skip to main content

Sah!Kelantan Juara Liga Super musim 2011!

KELANTAN mencipta sejarah dalam kancah bola sepak Malaysia apabila muncul Juara Liga Super buat pertama kali selepas menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.
Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan penyerang berbisa Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha.
Selepas tamat 26 perlawanan Liga Super, Kelantan mengumpul 56 diikuti Terengganu (53 mata) dan Selangor (52 mata).
P/S: Harapan seluruh rakyat Kelantan ingin melihat kelantan merangkul juara liga super akhirnya tercapai. Apakah mereka mampu mengulangi pencapaian mereka selaku juara Piala Malaysia musim lepas pada hujung tahun ini?Insyaallah jika usaha yang berterusan Kelantan mampu mengulangi pencapaian terbaik mereka!

Comments