Sekarang Kuala Lumpur merupakan ibukota Malaysia. Kalau nak disingkap & semak semula gambar-gambar Kuala Lumpur lama dan dulu-dulu memang kita boleh dapat lihat banyak perubahan yang telah berlaku. Semestinya, Kuala Lumpur banyak menyimpan sejarah dan nostalgia yang tersendiri.
Kalau nak tahu, merujuk kepada gambar kat atas yang berpagar cantik itu sebenarnya Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang (BBGS). Lama dah. Tapi sekarang ini dah jadi Pavilion.
Ini pula gambar Petaling Street lama.Lengang sahaja waktu ini.Kalau sekarang,nak berjalan pun boleh berlaga bahu.
Walaupun dibina sebelum 1900, tetapi bangunan masih mampu dibina dan terdiri dengan cantiknya. Setuju?
Gambar dia atas merupakan gambar Jalan Tun Perak dulu-dulu sekitar tahun 1926. Boleh dilihat keadaan Kuala Lumpur lama, zaman itu lanca merupakan pengangkutan utama di Kuala Lumpur.
Gambar Hospital Kuala Lumpur sekitar tahun 50 an
Ini satu lagi gambar yang merupakan permandangan Dataran Merdeka lama. Sangat syahdu melihatnya. Siapa orang lama boleh lepak dan bersantai di depan Dataran Merdeka. Sekarang ini?
Beginilah rupanya gambar Kuala Lumpur lama. Lebih tenang, cool, nyaman dan segar. Jauh sangat-sangat berbeza dengan keadaan Kuala Lumpur hari ini.
Ini pula gambar Kuala Lumpur kini.Berbezakan? Kongsikan pendapat anda
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-