Adsense Link 728 X 15;

Followers

‘MR BEAN’ NYARIS TERBUNUH

Posted by Haluan Kiri Saturday, August 6, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
Pelawak Rowan Atkinson nyaris maut semalam selepas dia merempuh keretanya yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta).Pelakon bintang Mr. Bean (gambar) dan Blackadder, 56, berada dalam kereta McLaren F1 – satu daripada hanya 100 di dunia – apabila ia berpusing tiga kali, rempuh pokok dan tanda laluan.

Dia keluar daripada kereta berkelajuan 230mph itu dengan kecederaan bahu. Satu sumber berkata: “Ia satu keajaiban dia terselamat”. Tidak ada kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.
Atkinson telah dibawa ke Hospital Peterborough City. Dia pernah merosakkan bahagian depan kereta itu dalam satu kemalangan sebelum ini, dengan sebuah Rover Metro di Lancashire pada tahun 1999.
Dia kemudian bercakap tentang kemalangan itu, dengan mengaku: “Kemalangan itu berlaku pada kelajuan sangat rendah dan oleh itu ia tidak ada kena-mengena dengan cara saya mengendalikan kereta, syukur kepada Tuhan.
“Saya sangat-sangat bertuah.”
Pada tahun 2001, kereta Aston Martin V8 Zagato miliknya pernah berlanggar dengan satu halangan jalan di satu pertemuan penggemar-penggemar kereta di Yorkshire.
Dan pada tahun 2009 pada satu malam romantik kereta lumba Jaguar 1952 miliknya tiba-tiba meletup terbakar
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com