Adsense Link 728 X 15;

Followers

Isu saman: UiTM sedia bantu bakal graduan sebelum konvo

Posted by Haluan Kiri Thursday, September 29, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
SHAH ALAM, 29 Sept — Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta pelajarnya terutama mereka yang bakal melangsungkan konvokesyen bulan depan agar bertemu dengan pengurusan pusat pengajian tinggi itu bagi menyelesaikan isu saman, yang sesetengah mendakwa mencecah RM5,000.

Penolong Naib Canselor Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman menasihatkan pelajar-pelajar yang dikenakan saman agar datang bertemu dengan beliau bagi membincangkan masalah yang dihadapi itu dan tidak “membesar-besarkan perkara ini.”
“Datang kepada kami, dan kita akan berbincang... kita nak tolong pelajar-pelajar kita, bukan nak susahkan mereka,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika ditanya rungutan pelajarnya, yang disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter sejak minggu lalu, mendakwa kemungkinan tidak dapat menyertai konvokesyen jika gagal melunaskan saman yang jumlahnya dikatakan tidak munasabah.
Ada di antara pelajar terbabit mendakwa mempunyai saman sehingga RM5,000, yang terkumpul sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti itu.
Misalnya, seorang pelajar Roha Abdul Halim, 23, menganggap saman diterimanya seakan tidak relevan kerana jumlahnya terlalu tinggi.
“Saya ni belum lagi bekerja dan disaman sebanyak ini, mustahil saya mampu untuk membayarnya,” katanya.
Dia yang mempunyai saman RM3,000 hanya mengetahuinya setelah dia menyemak portal universiti itu yang dibuka 19 September lalu.
“Kami hanya diberi tempoh sehingga 30 September untuk menjelaskan saman, mustahil saya dapat membayarnya dalam tempoh tersebut... mungkin saya tidak hadir konvokesyen saya yang dijadualkan pada Oktober nanti,” ujarnya lagi.
“Ada rakan-rakan saya yang cuba bayar sebelum 19 September, tapi pihak keselamatan menyuruh mereka menyemak saman mereka dahulu, kemudian baru membuat pembayaran. Keadaan ini menyukarkan kami... bila semakan dibuat, jumlah yang tertera amat mengejutkan,” katanya lagi.
“Menurut pihak keselamatan, jumlah yang ditetapkan bagi satu kesalahan  adalah sebanyak RM100,” dia menambah.
Sependapat dengan Roha, seorang lagi pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Farid Zainuddin, 23, juga menganggap saman seolah-olah satu tekanan dan bebanan ke atas pelajar.
“Saya sendiri disaman RM1,800. Jumlah ini, pada saya amat besar kerana belum ada pendapatan tetap.” katanya.
“Selain itu, saya juga pelik kenapa baru sekarang peraturan mandatori satu jenis saman dikenakan RM100. Sedangkan sebelum ini tidak ada pun undang-undang seperti ini,” tambah Farid.
Sehubungan itu, pelajar-pelajar terbabit berharap pengurusan dapat memahami masalah mereka dan melakukan pertimbangan yang sewajarnya kerana mereka difahamkan, undang-undang baru ini hanya dilaksanakan awal Mei lalu sedangkan mereka telah menamatkan pengajian Disember 2010.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Mohd Farid Zuhri menjelaskan, pihaknya telah berbincang dengan Unit Polis Bantuan di universiti tersebut, dan telah mencapai kata sepakat berhubung isu ini.
Mohd Farid menambah, undang-undang itu sebenarnya telah wujud sejak beberapa tahun lalu tetapi selaras dengan perubahan status Unit Keselamatan menjadi Unit Polis Bantuan baru-baru ini, peruntukan itu dilaksanakan secara menyeluruh.
“Pihak MPP telah meminta kerjasama polis bantuan UiTM untuk membantu pelajar yang disaman ini dengan mengurangkan nilai saman yang ditanggung pelajar ke paras minimum.” katanya.
“Sekiranya rayuan mereka tidak mendapat maklum balas yang memuaskan, pelajar boleh mengemukakan surat rayuan terus kepada ketua polis bantuan sendiri. Kami telah berbincang dan kami telah setuju,” tambah Mohd Farid.
Menurut Mohd Farid, saman ini bukan bertujuan menaniaya bakal graduan, sebaliknya ingin mendisiplinkan dan memberi pengajaran kepada pelajar lain agar lebih mematuhi undang-undang yang ditetapkan pihak universiti.
Beliau turut menolak idea kemungkian membawa perkara ini kepada pihak yang lebih tinggi kerana melihat ia merupakan perkara dalaman yang tidak perlu diperbesarkan dan pihak universiti sendiri telah memberi jaminan akan membantu para pelajar yang terlibat.

Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com