Adsense Link 728 X 15;

Followers

Ringkasnya Hari Raya 2011

Posted by Haluan Kiri Sunday, September 4, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
Genap 22 tahun HK menyambut Ramdhan dan Aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta. Secara ringkasnya seperti manusia biasa, kita akan melalui zaman-zaman yang mungkin kita takkan dapat kecapi sepertimana kita kecapi zaman kita berada sekarang.


Seorang manusia itu akan melalui zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa dan seterusnya zaman keemasan atau lebih dikenali zaman tua. Dan pada setiap zaman itu pastinya punyai cerita dan kisah tersendiri yang mungkin tersemat rapi atau telah pun dipahat dalam ingatan setiap orang yang sudah semestinya tidak dapat dilupakan.



Begitulah yang berlaku pada HK yang sekarang kini meniti alam kedewasaan (zaman dewasa). Zaman ini dikatakan penuh dugaan dan cabaran yang wajib ditempuhi oleh setiap manusia. Dan zaman ini juga dikatakan zaman memilih jodoh yang benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang dalam menghadapi karenah manusia.


Pada pendapat HK, zaman paling diingati adalah zaman kanak-kanak dan detik yang paling diingati adalah apabila tibanya bulan Ramadhan dan Syawal. Kerana pada pendapat HK zaman ini sangat dirindui oleh sesiapa jua tanpa mengira agama dan bangsa.


Mungkin juga kerana pada ketika itu HK dan kembar menjadi pengubat rindu kepada arwah Atuk dan arwah Nenek. Keriangan pada zaman itu tidak akan dapat diganti walau segunung emas sekalipun.


Detik-detik arwah atuk dan nenek menyambut kepulangan kami di kampung sangat mengharukan. Ditambah pula dengan keriuhan sanak saudara yang telah lama menunggu ketibaan kami di kampung. Peristiwa yang berlaku pada era 90-an ini membuatkan HK teramat rindu kenangan itu!Sungguh!


Semasa berada di zaman kanak-kanak juga kami (HK dan kembar) dilayan umpama cucu emas kerana kami lah satu2nya cucu sulung lelaki. Duit raya tak usah cerita berapa banyak kami dapat. Tanpa meminta confirm dapat! Sweater, baju raya, songkok raya, sampin raya, seluar raya sudah pasti Atuk yang membelinya.


Kasih sayang seorang atuk pada cucunya terutama cucu sulung sangat berbeza sebagaimana yang dirasai sepupu-sepupu kami yang lain. Kami diibaratkan cucu emas! Ia kerana kami satu2nya cucu lelaki pada masa itu!


Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, usia HK mencecah 12 tahun dan bilangan cucu atuk sudah pun meningkat kepada 12 orang. Sambutan Hari Raya tetap meriah dan semakin meriah disebabkan bertambahnya ahli keluarga besar kami. Alhamdulillah.


Kini giliran kami mengecapi zaman kedewasaan. Di usia 22 tahun segala-galanya berubah. Pemergian arwah atuk (2001) dan arwah nenek (2006) amat memberi kesan dalam kehidupan kami. Saat sedih ini amat dirasai terutama di pagi raya tatkala kesemua sedara mara berkumpul di kampung bagi menyambut hari raya aidilfitri apatah lagi dengan jumlah cucu bertambah sehingga kini 30 orang.


Raya pada tahun ini tak banyak beza dengan raya tahun lepas tetapi amat berbeza dengan raya tahun-tahun lepas ketika arwah atuk dan nenek masih lagi ada. Memang best dan seronok jika kesemua keluarga berkumpul bersama-sama atuk dan nenek di kampung. Tetapi kenangan tersebut pada kali ni telah pun terbuku di dalam lipatan sejarah.


Kenangan silam mungkin akan jadi ingatan dan HK berasa beruntung kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan masa lampau tersebut. Kenangan-kenangan hari raya bersama arwah atuk dan nenek akan menjadi sebutan dan akan di ceritakan kepada adik-adik serta sepupu-sepupu junior kami.


Tahun 2011 sekali lagi mencipta sejarah dan ringkasnya hari raya kali ini sekali lagi akan menjadi sejarah dan mungkin akan di ceritakan kepada generasi kami seterusnya. Salam Aidilfitri.


Dari lensa kamera bersama keluarga di Hari Raya dari tahun 2007-2011


Hari Raya 2007

Hari Raya 2008


Hari Raya 2009
Bersama kembar di hari raya 2010

Hari Raya 2011

Bersama Ibu pada hari raya 2008

Bersama sepupu Hari Raya 2011

Gambar terbaru di Hari Raya 2011

P/S: Raya tahun ni berat naik 10kg!!





Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com