Skip to main content

Satelit Jatuh Ke Bumi

KUALA LUMPUR - Sebuah satelit lama milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dikenali sebagai Upper Atmosphere Research Satellite memasuki atmosfera bumi, semalam. 

Menurut Agensi Angkasa Negara, satelit seberat enam tan itu memasuki atmosfera antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengahari semalam waktu Malaysia. 


Laporan terkini Nasa menyebut, satelit berusia 20 tahun yang tidak lagi aktif itu melintasi langit Kanada, Afrika dan juga Lautan Pasifik, Atlantik serta Lautan Hindi sebelum menghempas bumi namun lokasi sebenar pendaratannya masih tidak diketahui. 

Setakat ini, tiada laporan mengenai serpihan satelit itu terjatuh ke atas orang awam atau menyebabkan sebarang ker:osakan bangunan dan harta benda. 

:Nasa meminta sebarang penemuan objek atau serpihan luar biasa dilaporkan kepada pihak berkuasa di negara masing-masing dan orang ramai dinasihatkan tidak menyentuh, mengambil atau menyimpannya. 

:Untuk maklumat tambahan, anda boleh melayari laman sesawang : http://www.ustream.tv/channel/theweatherspace-news

Comments