Skip to main content

Pelajar CUN Tawar SEKS untuk iPhone 4S

Menurut AsiaOne, seorang pelajar di Nanjing, China menawarkan habuan seks kepada seorang lelaki sebagai balasan untuk mendapatkan iPhone 4S baru.

Gila? Memang gila!!!

Paparan skrin perbualan QQ antara gadis tersebut dengan lelaki itu menunjukkan bahawa dia pada mulanya menawarkan seks oral sebagai pertukaran untuk telefon tersebut.

Menggelarkan dirinya 'lovemelo' dalam program mesej segera China, dia meminta lelaki itu, "Tolonglah, bawa saya pergi".

Beliau memberitahu lelaki itu, "Selagi anda membasuhnya bersih-bersih, tidak ada apa yang hendak dirisaukan."

Lelaki itu menolak tawaran tersebut dengan berkata, "Tidak, saya tidak suka dengan idea seks oral ".

Merasakan bahawa lelaki itu telah hilang minat, pelajar tahun dua sarjana muda itu menawarkan habuan seks selama lima malam berturut-turut sebagai pertukaran untuk gajet terbaru Apple yang berharga kira-kira  4 500 Yuan (RM2 200).

Lebih terdesak, gadis itu turut menawarkan diri untuk bersama-sama dengan lelaki dalam tempoh yang lebih lama asalkan lelaki itu membelinya gajet Apple itu.

Gila? Memang gila!!!

"Anda boleh berbuat apa-apa sahaja yang anda mahu. Atau saya boleh menghabiskan masa berbulan-bulan dengan anda," tawar gadis itu.

"Saya boleh melakukan apa-apa yang anda mahu. Hanya dapatkan saya Apple."

Menurut The New Paper, media China berjaya mengenal pasti gadis itu apabila butiran perbualannya dengan lelaki itu bocor di internet. Hasilnya, mereka menyiarkan nombor telefon mudah alih, gambar, dan butir-butir lain.

Sebagai akibatnya, gadis itu terpaksa menukarkan nama samarannya sebanyak  tiga kali dan seolah-olah terperanjat terhadap perhatian daripada media.

Gadis itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan, "Apa salahnya dengan tawaran saya? Orang lain turut membuat pertukaran seks untuk barangan berjenama."

"Mengapa pilih saya?" - DCM


P/s: Trend ini memang sudah ada di Malaysia. Pernah terbaca berita budak sekolah merelakan dirinya disetubuhi beberapa lelaki hanya untuk mendapatkan telefon bimbit terpakai?

Comments