Adsense Link 728 X 15;

Followers

Anak Menipu Resume: Chef Wan Terluka Hati

Posted by Haluan Kiri Thursday, November 10, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

KUALA LUMPUR – Dalam satu sikap yang boleh dikatakan sebagai cukup profesional untuk seorang bapa, Chef Wan hari ini menzahirkan beliau kecewa dengan sikap anaknya, Chef Riz yang menipu resume dirinya dalam program Masterchef Malaysia.
Beliau tidak mengambil sebarang pendirian untuk mempertahankan Chef Riz.
Menurut Chef Wan, beliau melihat kejadian itu bukan sahaja memalukan anaknya, tetapi diri beliau dan seluruh keluarga.
Beliau juga meminta kepada anaknya agar memohon maaf kepada masyarakat negara ini atas perbuatan yang boleh disifatkan sebagai tidak bijak.
Anak Menipu Resume: Chef Wan Terluka Hati
“Saya memberitahu dia malam tadi, apa yang berlaku itu adalah lebih buruk daripada seorang guru yang menangkap anak muridnya menipu dalam kelas.
“Sebagai seorang dewasa, dia sepatutnya menjadi role model kepada kanak-kanak, ‘shame on him’ ,sekarang hendak buat apa, nasi sudah menjadi bubur,”katanya melalui status Facebook di Chef Wan Fan Club.
Chef Wan berkata, anaknya mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada orang-orang yang tidak senang dan timbul penyakit PHD (penyakit hasad dengki).
Katanya, tindakan Chef Riz mengubah resume dirinya hanya membuka ruang kepada orang-orang yang kurang senang untuk mengenakannya.
Chef Riz dikesan menipu dalam resume dengan mengaku pernah bekerja sebagai Ketua Chef di restoran paling popular dunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau baru berumur 22 tahun.
Bagaimanapun, Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.
Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.
Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan memberitahu bahawa mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti yang didakwa dalam profile MasterChef Malaysia.
Selepas kantoi, Chef Riz telah mengubah kandungan resume itu dengan meletakan setakat pernah menjadi pelatih di kedua-dua restoran ternama itu.

Dipetik dari Portal The Malaysian Insider

Chef Riz tipu maklumat kerja untuk jadi juri Masterchef


Chef Riz palsukan profil pengalaman kerja untuk jadi juri Masterchef. Pihak The Malaysian Insider mendapati pengalaman bekerja yang ditulis pada profil Chef Riz di laman web Master Chef Malaysia adalah tidak benar.
Menurut pihak Astro, profil yang diberikan di laman web Masterchef Malaysia diberikan oleh Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan sendiri.
Pihak The Malaysian Insider telah menghubungi Restoran Babbo dan pihak terbabit menafikan pernah mempunyai pekerja yang bernama Mohd Nadzri Redzuawan. Namun begitu, Chef Riz tetap mempertahankan dan menyatakan yang dia pernah bekerja di sana.
Saya pernah berada di sana (Babbo) selama setahun, dari Januari 2005 hingga Disember 2006. Saya berehat sementara sebelum menyertai Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com