Adsense Link 728 X 15;

Followers

Kerajaan: Bos atau pekerja untuk rakyat?

Posted by Haluan Kiri Monday, November 28, 2011 1 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

25 NOVEMBER – Sememangnya pentadbiran sesebuah negara mempunyai tiga tiang utama, penggubal undang-undang (legislative), pelaksana undang-undang dan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary).

Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka.

Doktrin pemisahan kuasa atau seperation of powers ini dilihat lebih terlaksana di Ameri Syarikat, walau pun di kebanyakan negara Barat dan negara-negara lain yang matang demokrasi, di mana ketiga-tiga cabang itu  dilihat bebas antara satu sama lain, juga turut dilaksanakan.

Di Malaysia, kita mengadaptasikan sistem parlimen ala Westminster yang tidak begitu terpisah tiga anggota pentadbiran tersebut.

Sebagai contoh, seorang Ahli Parlimen yang mencadangkan sesuatu undang-undang juga adalah seorang Menteri (eksekutif) yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan undang- undang tersebut.

Demokrasi terpimpin atau suara rakyat?

Secara idealnya, wakil-wakil rakyat ini harus membawa bersama mereka aspirasi dan keinginan rakyat di dalam dasar penggubalan undang undang baru. Menteri pun seharusnya begitu, apatah lagi seorang Perdana Menteri yang mewakili aspirasi dan keinginan bahagian majoriti dalam sesebuah negara.

Itulah perdebatan sepanjang zaman atau pun retorik golongan politkus konservatif terhadap golongan politikus liberal, bahawa mereka bukanlah pemimpin tetapi hanya pengikut golongan majority. Oleh itu mereka dikatakan tidak layak memimpin masyarakat.

Jika membawa persoalan ini ke dalam konteks Malaysia, itulah persoalannya. Pemimpin yang perlu berfikir untuk kita, atau pun pemimpin harus bertindak mengikut kehendak rakyat?

‘Demokrasi terpimpin’ atau pun ‘suara rakyat’? Leaders know best or people know best?

Tidak dinafikan bahawa mereka yang menyertai arena politik negara terutamanya kelas atasan dalam susun atur struktur parti politik masing-masing adalah golongan yang cerdik pandai. Biasanya mereka lulusan unversiti, golongan profesional, golongan ilmuwan; kesimpulannya, ‘cerdik pandai’.

Ia bukan kebetulan bahawa empat daripada enam Perdana Menteri kita mempunyai latar belakang undang undang, dan juga seorang doktor.

Namun demikian adakah mereka berhak untuk berkata bahawa mereka lebih tahu segala-galanya dari kita? Perlukah kita dengan ‘demokrasi terpimpin’?

Pemimpin lebih bijak dari rakyat?

Perlukah kita dengan sistem para ‘cerdik pandai’ yang kononnya lebih bijak daripada rakyat yang kurang cerdik untuk menentukan arah hidup dan hala tuju masyarakat kita?

Rakyat sudah jemu diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Namun demikian kerajaan pada hari ini masih gagal dalam mendengar hati nurani dan aspirasi rakyat.

Bagi golongan muda, mereka hairan bercampur marah dengan alasan alasan para menteri yang mahu terus mengekalkan undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar, pensyarah dan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Adakah itu kemahuan rakyat, yakni mereka yang berada di dalam kampus dan mereka yang berada di luar kampus menanti orang di dalam kampus yang bakal memimpin rakyat?

Setelah kejayaan besar perhimpunan aman Bersih 2.0, Perdana Menteri berjanji untuk lebih terbuka dan adil. Rakyat menarik nafas lega.

Namun, dalam sekelip mata, amalan lapuk yang anti-kebebasan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, sekali lagi dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Jelas beliau sekali lagi berbohong dengan memperkenalkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang lebih teruk daripada Akta Polis yang selama ini menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Inikah aspirasi rakyat? Kita melihat bahawa sejak dari dahulu hingga kini, kerajaan bertindak lebih opresif mengekang rakyat daripada mengikuti kemahuan dan keperluan rakyat. Segala perkara mereka buat sesuka hati, bukan memikirkan tentang keperluan rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan parti masing masing.

“Kami lebih tahu dari anda”

Sikap ini berpunca dari sifat angkuh “kami lebih tahu dari anda” yang diamalkan kerajaan sejak Merdeka, sama seperti warisan penjajah yang tidak menghormati anak-anak negeri. Rakyat dikelentong dengan janji-janji palsu, malah di Dewan Rakyat pun mereka berani berhobong walhal segala maklumat mudah didapati.

Inilah sikap kepimpinan zaman Perang Dingin yang masih menyangka internet dan kemajuan teknologi maklumat belum dicipta dan dikembangkan. Dengan sikap itulah tertimbulnya ideologi ‘demokrasi terpimpin’ yang lahir daripada perasaan elitis di mana mereka fikir bahawa mereka lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada rakyat.

Kepimpinan negara dan negeri serta para pemimpin politik harus sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih pandai dari rakyat. Kerajaan bukan bos atau tuan kepada ibu pertiwi. Kerajaan hanyalah pekerja atau paling tinggi pun sekadar pengurus untuk rakyat.

Rakyatlah pemilik sebenar negara ini. Pemimpin harus menurut keperluan rakyat. Pemimpin hanyalah wakil kepada kepada perasaan, jiwa, keinginan, dan aspirasi rakyat, bukannya rakyat yang harus mengikuti kehendak dan kegelojohan pemimpin.

Rakyat yang membayar gaji, elaun, percutian pemimpin kerajaan, dan segala yang kerajaan berikan pada rakyat adalah hak mutlak sebagai warganegara. Oleh itu, janganlah pemimpin kerajaan pandai-pandai mengatakan rakyat tidak tahu bersyukur apabila rakyat tidak bersetuju dengan pemimpin.

Pemimpin jujur tidak akan lari dari rakyat

Para pemimpin tidak perlu takut kepada rakyat. Mereka yang takut kepada rakyat biasanya ada sesuatu yang mahu disembunyikan, ada muslihat jahat dan mungkin benci kepada rakyat yang mereka pimpin.

Justeru, hapuskanlah undang-undang dan dasar yang mencengkam kebebasan rakyat. Dengarlah cakap rakyat sebagai pendokong tamadun Malaysia.

Jangan bohongi mereka yang jahil dengan mengatakan bahawa hak asasi manusia dan demokrasi itu merupakan senjata untuk menghancurkan ummah. Rakyat, terutamanya orang Melayu, semakin sedar bahawa Islam itu membawa ummah keluar dari kegelapan, dari penindasan, dari kekangan hak asasi.

Para pemimpin kerajaan, jangan cuba memperbodohkan dan memperlekehkan kuasa, kemampuan, dan bakat rakyat. Bersikap jujurlah kepada rakyat dan bawa harapan rakyat secara ikhlas.

Tidak perlu berbelanja besar untuk pakar media, tidak perlu mencipta slogan, membuka kedai, memperkenalkan klinik untuk beri ubat penahan sakit. Memadai sekadar mendengar aspirasi rakyat dan melaksanakannya untuk memastikan rakyat benar-benar diutamakan.

Sesungguhnya, para pemimpin lebih memerlukan rakyat berbanding rakyat menagih kepimpinan mereka. – Roketkini.com
Adsense Content. bottom of article

1 comments:

Anonymous said...

kebebasan ada batasannya,..
contoh:
sudah diberi berdemostrasi di stadium, tapi tak nak,...
nak buat dijln raya,...
maksudnya:
nak berdemstrasi dah diberi pn,...
tp nak lebih pulak,..
lepas tu nak yg lain pulak,..
ni sudah lebih la,.. to much,...
kebebasan sudah diberi tp ada batasannya...
demonstrasi dah diberi ada batasannya,...

cnth: anak nak tu nak ni,...
bapa dah belikn tapi nak yg lain pulak,...
it to much,... tk kn nak ikutkn je anak tu semua nak,..
kene stopkn anak tu,.. maksudnya ada batasannya,...
kene ajar anak.. mana leh dpt semuanya,...
ada batasannya... tk semua bapa leh bagi kat anak walaupn
bapa tu org kaya.. kerana nnti naik lemak la anak tu..

sama juga dgn apa yg pembangkang nk skg ni,..
nk suh kerajaan ubah pilihn raya supaya bersih,..
kerajaan dah ikut,,.. dah ubah ape yg pembangkang nk,..
dakwat kekal dn sebagainya,...
nak demonstrasi dah dibagi,...
tp,.. semua org tau pembangkang ambil kesempatan,...
utk membakar semangat rakyat utk menjatuhkn kerajaan,...
bukan nk ubah pilihn raya,... tp nk menjatuhkan kerajaan sebenarnya,...

kerana ape nk jatuhkn kerajaan,...
kerana pembangkang nk berkuasa kt atas sana,...
kerana bnyk hasil diorg leh dpt,.. ygb diorg belum dpt skg ni,..
sebenarnya,.. bukn nk membela rakyat,.. tp nk kuasa utk diri mereka,..
rakyat tolong diorg berkuasa je,.. tp apakah ada jaminan diorg akan menjaga kebajikn rakyat nnti,... menjaga kebajikn rakyat mcm kerajaan skg jaga,... klu kerajaan sekarg jaga tk bgus,.. adakh kerajaan pembangkng nnti jaga lebih bgus,...

adakh kerajaan skg tk bgus,..
tepuk dada tnya selera,.. bagiku,.. dh cukup bgus la ni,.. bersyukur duduk kt masia ni selama 50thn dh maju mcm ni,.. bersyukur sgt-sgt,..
harap pembgkg tk akan rosk kn keharmonian yg kita kecapi selama ni,...
satu pnduan utk semua,..
jgn menilai sesuatu dgn mendegar buta2 ckp org,..
tuhan kurniakn kita akal utk berfikir,..
maklumat yg kita dgr haruslah disahkn betul sebelum kita menerimanya,..
beckp tntg keburukn org = mengumpat,..
membuat cerita yg tk benar ttg org = mengata,...
sekian,...

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com