Skip to main content

Nota untuk Dato' VC UiTM

Maafkan saya Dato, tetapi bagi saya alasan yang Dato berikan adalah kurang munasabah. Saya mungkin silap tetapi cara Dato mungkin boleh berkesan di era 60'an tetapi tidak sekarang Dato. Kebebasan bersuara sendiri di sekat. Mungkin Dato boleh cakap Dato buat account FB nak dengar suara pelajar bagai tapi pada hakikatnya ia adalah terbatas. 


UiTM merupakan universiti yang penuh dengan potensi dan mampu untuk menjadi yang terbaik. Namun sandiwara politik Universiti yang sangat teruk menyebabkan ia terbantut. Pensyarah dan pentadbir hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri. 

Sejauh mana Dato benar2 mahu mendengar luahan rasa dan suara Mahasiswa? Sejauh mana Dato benar2 mahu berdepan dengan Mahasiswa? Dato sendiri tahu ramai dari kalanga Mahasiswa UiTM sendiri yang terlibat dalam pergerakan Meminda AUKU, Akata UiTM, Akta IPTA dan Akta IPTS. Jika tidak masakan banyak Agen2 HEP berada di seluruh fakulti dan kampus? 


Mungkin saya sedikit radikal disini namun itu adalah hakikat. Ramai dalam kalangan Mahasiswa UiTM bergerak secara halus. Kami sayangkan melayu kami cinta akan melayu namun kami tidak sanggup membodohkan bangsa sendiri.


Seorang anak mahu belajar berjalan jika dia tidak diberikan peluang untuk berjalan dan jatuh dia tidak akan dapat belajar buat selama-lamanya. Ibu bapa haruslah memberi peluang itu dan membimbing anak itu. Kalau dia jatuh bimbing dia. Kalau nak tunggu anak itu tahu berjalan dengan sempurna baru hendak diberikan kebenaran sampai bila pun anak itu tidak akan dapat berjalan. Kerana dia tidak pernah sekalipun berjalan. 


Samalah seperti situasi ini. Biarkan anak mahasiswa mempelajari erti kehidupan yang sebenar. Bimbinglah mereka dengan cara yang lebih BERHIKMAH dan BIJAKSANA. Mereka akan belajar dan mampu membezakan yang hak dan yang batil. 


Fikirkanlah Dato, saya tetap sayang UiTM saya tetap sayang melayu, namun saya tetap akan berjuang. Kerana saya mahukan saudara-saudara saya berkembang dalam pemikiran mereka dan tidak terus didoktrin dan dikongkong seperti masa kini


Sumber di sini

Comments