Adsense Link 728 X 15;

Followers

Syed Mokhtar al-Bukhary Jutawan Kaya-Raya

Posted by Haluan Kiri Tuesday, November 29, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
4805848164 c41722efc5 Syed Mokhtar al Bukhary (MMC) Kaya RayaSejak akhir-akhir ini Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari yang termasuk daripada kalangan orang terkaya di Malaysia boleh dikatakan tokoh korporat yang “sangat-sangat penting” di Malaysia. Ada satu berita ini tidak mendapat liputan media tempatan, di mana Tradewinds (Perhotelan & perladangan) yang merupakan milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari telah berjaya menguasai Bernas, seterusnya memonopoli pengedaran beras di Malaysia

Pada tahun 2007, Gamuda dan MMC diberikan hak untuk melaksanakan projek landasan berkembar elektrik yang memakan kos sehingga RM12.5 bilion. Manakala pada bulan April yang lalu, DRB HICOM (pemegang sahamnya – Syed Mokthar), dilaporkan menerima tawaran untuk hak menghasilkan kereta perisai Malaysian AV-8. Dapat lagi. Murah rezeki kamu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.

Terbaru, mega projek yang bernilai RM43 billion (Mass Rapid Transit-MRT)  telah diusulkan oleh Gamuda-MMC adalah projek infrastruktur paling besar di Malaysia yang dijangka meliputi kawasan yang tidak diliputi oleh LRT, monorel. Dua perunding bebas yang dilantik oleh kerajaan, diharapkan akan selesai rundingan dan perbincangan dalam masa tiga bulan. Sistem MRT ini meliputi 3 laluan berbeza :
  1. Laluan Pertama – Sungai Buloh, Kota Damansara, Kuala Lumpur and Cheras hingga ke Kajang
  2. Laluan Kedua – Sungai Buloh, Kepong, Kuala Lumpur and Serdang
  3. Laluan Ketiga – Kawasan Kuala Lumpur
Menurut The Star, sebenarnya projek ini bernilai sekitar RM36 billion pada asalnya. Persoalannya sekarang bagaimana boleh overruns kosnya lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang selepas kenaikkan harga minyak baru-baru ini yang pastinya akan memberikan kesan rantaian kepada rakyat. Ini membuatkan projek mega Mass Rapid Transit (MRT) merupakan kerja pembinaan yang terbesar di bawah Rancangan Malaysia ke-10 setakat ini, dan bersamaan juga dengan nilai subsidi minyak kepada rakyat selama tempoh 5 tahun.

4805848100 3e1bfae29f Syed Mokhtar al Bukhary (MMC) Kaya Raya

Pemberian kontrak diberikan kepada syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari bukan persoalannya sekarang, lebih-lebih lagi projek berskala besar seperti ini yang memerlukan modal setanding dengan harga kontrak dan bukan itu sahaja, tenaga kerja mencukupi, sokongan sub kontrak yang padu, pengurusan yang kemas dan jitu memainkan peranan dan dalam pada masa yang sama harap ada “ketelusan” dalam melaksanakan projek ini.

Kesempatan ini, mari kita lihat siapa pemegang saham utama dari Gamuda Bhd :
  1. Employees Provident Fund Board 10.09%
  2. Raja Dato’ Seri Eleena binti Raja Azlan Shah 7.43%
  3. Generasi Setia (M) Sdn Bhd 7.42%
  4. Platinum Investment Management Limited 6.48%
  5. HSBC Holdings plc 5.37%
Para pemegang saham utama untuk MMC Corp :
  1. Amanahraya Trustees Berhad (Skim Amanah Saham Bumiputera) 18.43% (direct)
  2. Employees Provident Fund Board 8.11% (direct)
  3. Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd 51.76% (direct)
  4. Indra Cita Sdn Bhd 51.76% (indirect – deemed interest through Seaport Terminal)
  5. Tan Sri Dato’ Seri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor 51.76% (indirect – deemed interest through Indra City)
P/S : Menurut sumber terdekat, sasaran untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) dimulakan adalah pada Januari 2011 nanti….
Jose Barrock dari The Edge pernah menulis:
  • Untuk semua projek berskala besar aka mega projek, penyelidikan terperinci perlu dibuat.
  • Pemilihan terbaik diputuskan atas dasar “kemampuan” daripada segala aspek tanpa dipengaruhi faktor politik
  • Kesan? Kesannya mega projek seperti dapat direalisasikan dalam pada masa yang sama kosnya dapat dikurangkan dan akhirnya bebanan rakyat dapat dikurangkan
Sedar tak sedar, daripada seorang individu yang tak pernah menjejak kaki ke menara gading dan bermula daripada bawah, kini telah menimbulkan satu fenomena “Syed Mokhtar al-Bukhary” yang boleh dikatakan cukup sebati kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia kerana beliau sekarang berjaya “mengawal” syarikat dan projek-projek besar. Antaranya :
  1. MMC (CONSTRUCTION)
  2. DRB-HICOM (AUTOMOTIVE)
  3. BERNAS (BERAS)
  4. TRADEWINDS (HOTEL DAN PERLADANGAN)
  5. PADINI (GARMENT)
  6. ROTI GARDENIA (ROTI)
  7. GULA PADANG TERAP & CENTRAL SUGAR REFINERY PLANT (GULA)
  8. PORT TANJUNG PELEPAS (PORT)
  9. LAPANGAN TERBANG SENAI (AIRPORT)
  10. HIGHWAY SENAI-JB (FREE TOLL HIGHWAY)
  11. HIGHWAY KULIM-BALING (FREE TOLL HIGHWAY)
  12. MALAKOFF (IPP)
  13. ALAM FLORA
  14. PUSPAKOM
  15. HICOM-HONDA
  16. MODENAS
Sumber : BeritaSemasa.com
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com