Skip to main content

Guru Pasang Kamera Dalam Tandas Perempuan

Guru Pasang Kamera Dalam Tandas Perempuan
SINGAPURA – Yan Wen Xia, 37, seorang guru lelaki yang mengajar di Sekolah Menengah Hua Yu di Jurong West didapati bersalah kerana memasang kamera tertutup di dalam tandas perempuan di sekolah terbabit.
Dalam laporan Daily Chilli, Wen Xia yang memasang kamera itu didapati bersalah kerana menyelinap masuk ke tandas perempuan pada 26 Januari dan 15 Februari lalu di tingkat empat sekolah itu.
Namun, kegiatan ‘gelap’ guru itu terbongkar apabila seorang pelajar perempuan ternampak kamera yang disembunyikan dalam sebuah tandas dan terus melaporkan kepada pihak atasan sekolah.
Selain penemuan satu kamera, seorang kakitangan sekolah itu turut menemui dua lagi kamera rahsia yang disembunyikan selepas pemeriksaan dilakukan.
Hasil pemeriksaan lanjut oleh kakitangan yang melakukan pemeriksaan tersebut membolehkan mereka menangkap Wen Xia sebagai dalang kepada pemasangan kamera rahsia itu.
Wen Xia turut didapati bersalah dengan dakwaan mencuri tiga kad memori kamera sejak menjalankan tugas sebagai pengurus operasi di sekolah itu pada awal tahun lalu.
Mahkamah telah menjatuhkan empat tuduhan terhadap Wen Xia iaitu tiga pertuduhan menceroboh masuk ke dalam tandas perempuan dengan niat untuk membuat serangan seksual serta satu tuduhan mencuri.
Wen Xia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, denda sebanyak RM3,596 atau kedua-duanya sekali untuk setiap pertuduhan sekiranya dia didapati bersalah.
Sejak penahanan untuk penyiasatan lanjut kes itu, Wen Xia telah ditahan di Institute of Mental Health (IMS) selama dua minggu untuk dilakukan ujian mental ke atas dirinya.

Comments