Skip to main content

Melayu, Islam pecah kerana politik?

http://4.bp.blogspot.com/-GQ7VFA5lcS0/Tq7bmJRyeKI/AAAAAAAAAqA/uc0-uG-tsRY/s1600/politik.jpgSatu wacana mengenai orang Melayu dikatakan tidak bersatu justeru berbilang parti politik telah dianjurkan oleh sebuah harian nasional yang muda disertai dua bekas menteri MCA, seorang PAS dan seorang NGO Melayu mendakwa tulen.

Dari berita yang disiarkan saya nampak panelis menyorot wujudnya perpecahan orang Melayu disebabkan oleh politik yang berbeza dan adakah politik dan demokrasi menjadi orang tidak bersatu?

Orang Melayu itu dikatakan tidak bersatu kerana ada yang menyertai Umno, ada yang bersatu PAS dan ada pula bersama PKR. Keadaan itu dikira oleh Umno dan orang yang terpesona dengannya sebagai suatu yang negatif.


Wacana itu gagal untuk mengesahkan perbedaan pandangan dan perjungan politik masing-masing itu satu keburukan atau tidak. Tidak menjelaskan demokrasi itu boleh menyebabkan orang berpecah maka ia mesti ditolak atau demokrasi itu satu rahmat kepada manusia termasuk orang Melayu.

Kononnya orang Melayu berpecah telah dijaja oleh Umno sejak ia berkuasa. Umno seolah-olah mengutuk kewujudan Parti Semangat 46 kerana ia menambah parah lagi perpecahan orang Melayu, tetapi ia tidak mentakwil punca kelahiran S46 itu. 

Tunku Abdul Rahman Putra yang memihak kepada S46 semasa naik pentas PAS tidak mengira itu satu perpecahan tetapi ia adalah suatu yang diizinkan dalam politik demokrasi.

Saya tidak tahu apa yang wacana itu cari dari tajuk itu?
Pada saya perpaduan dan penyatuan itu suatu yang penting. Semua agama dan semua bangsa menganjurkan jangan bercerai berai.

Dunia yang kita diami sekarang telah menerima pakai politik yang terbaik ialah politik berbagai parti dan ia hendaklah menjunjung dan mengamalkan demokrasi.
Tiada lagi diakui politik pemerintahan feudal tanpa parti politik. Segala-gala ditentukan oleh raja dan raja itu digantikan oleh anak raja. Tiada suara rakyat dan tiada pilihan raya.

Maka atas tuntutan itulah Malaysia dibentuk oleh pemimpin-pemimpin Umno. Demokrasi yang diamalkan itu bukan orang lain paksa tetapi ditentukan oleh Umno. Umno tidak larang tubuhkan parti-parti politik selain daripadanya.

Apabila kita terima kaedah politik dan demokrasi yang bagitu, kita tidak boleh kutuk orang Melayu dan orang Islam menubuh parti lain. Kita tidak boleh larang orang Melayu memilih apa parti yang dia suka. Apabila diterima kosep politik yang sedemikian, maka tidak dapat dielek adanya berbilang parti dan ada arus perbezaan pandangan yang bebas.

Kalau Umno di bawah pimpinan Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menyekat Umno dari berpecah, maka bagaimana Umno hendak melarang orang di luar Umno mewujudkan parti lain?

Jika Umno tolak sistem politik demokrasi itu, wujudkan pemerintahan satu parti seperti yang diingin sangat oleh Tun Razak, maka Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi dan Basher Asad gagal juga menyatukan rakyat mesti patuh kepadanya saja. Mereka diam sekejap, akhirnya pecah juga rakyatnya.

Kita mesti akui makhluk manusia itu dicipta sebagai spesis suka menumpah darah dan membuat kerosakan. Itulah sebabnya malaikat bertanya Allah, apakah makhluk macam itu yang hendak dimanahkan mentadbir alam. Allah tahu apa yang dibuatNya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud, umat Nabi Musa berpecah 70, umat Nabi Isa berpecah 71 dan umat baginda berpecah 72. Yang Allah redhai satu saja iaitu yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnahnya.

Manusia itu diwujudkan atas tapak perpecahan. Iaitu berbahasa-bahasa dan berbangsa-bangsa. Semua itu dijadikan begitu bagi manusia berkenal satu sama lain.

Suku Aus dan Khuzraj berabad-abad berperang untuk menguasa Madinah. Dengan datangnya Islam, maka mereka bersatu.

Apa yang Umno harap untuk menyatukan oleh Melayu, kalau orang Melayu berbalah dengan saranan menjadikan Islam sebagai panduan hidup, politik dan pemerintahan.

Walau pun formula penyatuan Islam itu payah diterima oleh semua tetapi kemajuan politik dan demokrasi dunia di luar Islam menyarankan amalan demokrasi dan politik berbilang parti bukan sebab perpecahan asal tamaddun dapat menerima keputusan majoriti.

Perpecahan berpunca kerana penindasan, kezaliman, diskriminasi, rasuah, membolot kekayaan negara, menapikan keadilan dan kebebasan. Walau pun ia belum sama dengan anjuran Islam yang menekankan mesti beriman, mendirikan solat, menunaikan zakat, tetapi demokrasi dan politik lebih dari satu parti adalah yang terbaik selepas Islam.

Sebelum Umno wujud, telah ada sebuah parti pimpinan Dr Burhanuddin Al-Hilmy. Tetapi mengapa pula Umno ditubuhkan? Tidakkah ia memungkinkan Melayu berpecah? Umno wujud atas izin demokrasi.

Comments