KOTA BELUD – Tindakan berani seorang wanita warga emas memukul kepala seekor buaya menggunakan tongkat kayu menyelamatkan dirinya daripada dibaham reptilia ganas itu dalam kejadian di Kampung Tempasuk Dua, di sini.
Dalam kejadian jam 5 petang Selasa lalu, Luayoh Kindurus, 74, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan sawah sebelum kaki kirinya tiba-tiba disambar buaya, ketika melalui titi kayu untuk menyeberang parit selebar satu meter.
“Ketika melangkahkan kaki di atas titi kayu itu, tiba-tiba kaki kiri saya disambar buaya.
“Saya tidak panik sebaliknya cuba lawan buaya itu dengan memukul kepala reptilia ganas berkenaan menggunakan tongkat kayu.
“Pukulan itu mengenai mata buaya itu, menyebabkan ia melepaskan kaki saya,” katanya ketika ditemui menerima rawatan, di Hospital Kota Belud, di sini, semalam. (Harian Metro)
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-