Adsense Link 728 X 15;

Followers

Rakyat Myanmar Keluar Mengundi

Posted by Haluan Kiri Monday, April 2, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
YANGON: Sambil mengendong anaknya yang berusia setahun, Min Chit Ko dan isterinya Zin Moe Lwin berjalan kaki ke pusat undi di Kampung Dayebo, Hlegu, di pinggir bandar Yangon, untuk mengundi.

Berikutan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke pusat undi, Min dan isterinya bergilir dalam menunaikan tanggungjawab mereka itu kerana salah seorang daripada mereka perlu menjaga anak mereka Hin Yu Hlaing.

"Tiada siapa untuk menjaga anak saya, jadi kami terpaksa membawanya ke sini," kata Min, seorang petani di kampung berdekatan.

Pasangan itu, kedua-duanya berusia 21 tahun, tidak mahu melepaskan peluang untuk mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan di seluruh Myanmar pada Ahad.

"Kami mahu mengundi, sebab itu kami datang," kata Min, yang mengundi di kawasan Hlegu yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP) dan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Terdapat 120 pusat undi di Hlegu dengan kira-kira 150,000 pemilih berdaftar di kawasan itu.

Pilihan kecil Myanmar bermula pada 6 pagi waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia) pada Ahad dengan lebih 6.4 juta pengundi berdaftar di 45 kawasan mula menunaikan tanggungjawab mereka di pusat undi masing-masing.

Sekolah rendah, menengah, dewan orang ramai, restoran dan malahan perkarangan masjid telah dijadikan pusat undi untuk melancarkan proses pengundian.

Pusat undi ditutup pada 4 petang dan akan disusuli dengan pengiraan undi secara terbuka dengan kehadiran pegawai pilihan raya, wakil calon dan 10 saksi daripada kalangan orang awam.

Sekumpulan pemerhati antarabangsa termasuk dari Malaysia turut berada di pusat-pusat undi untuk memantau proses pengundian bagi pilihan raya kecil itu.

Bagi Thein Thein, beliau memilih untuk mengundi awal iaitu pada kira-kira 7 pagi di pusat undi di bandar Mayangon yang terletak dekat dengan rumahnya.

"Lebih baik mengundi awal, banyak perkara perlu dilakukan kemudian dan mungkin boleh juga berehat nanti," katanya.

Sebuah balai bomba yang dijadikan sebagai satu daripada pusat undi di Mayangon mencatatkan jumlah pengundi menggalakkan beberapa jam selepas pusat mengundi dibuka.

Lebih 1,000 pengundi daripada 1,909 pemilih berdaftar di pusat pengundian itu menjalankan tanggungjawab mereka setakat kira-kira 10.30 pagi.

Pemimpin NLD yang juga pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi diramalkan memenangi kerusi Parlimen Kawhmu yang ditandinginya.

Pilihan raya kecil itu dipantau dengan ketat bagi memastikan proses pemilihan adalah bebas dan adil seperti mana dijanjikan oleh Kesatuan SuruhanjayaPilihan Raya Myanmar. - BERNAMA
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com