Adsense Link 728 X 15;

Followers

Saifuddin lebih layak dari Khaled jaga KPT

Posted by Haluan Kiri Friday, April 20, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Dua pemimpin tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini memberikan komen mengenai serangan ke atas kumpulan aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, dengan menterinya Datuk Seri Khaled Nordin menolak untuk bersimpati sementara timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan kebimbangan tentang insiden itu.

Di laman Twitter pagi tadi, Khaled memberikan respons berhubung laporan serangan itu mengatakan tiada sesiapa yang mengarahkan kumpulan mahasiswa itu berkhemah di kawasan tumpuan ramai itu.

“Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati,” tulisnya di Twitter.

Tetapi semasa bertemu di Parlimen di sini, Saifuddin berkata beliau lega tiada sesiapa mengalami kecederaan parah dalam insiden pukul 2.45 pagi tadi menambah bahawa ia satu “perkara yang perlu dibimbangkan.”

Ahli Parlimen Temerloh itu juga mengulangi pandangannya bahawa kumpulan mahasiswa itu “mempunyai hak berada di situ” walaupun bukan semua bersetuju dengan tindakan itu.

Kumpulan aktivis mahasiswa itu telah berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas ratusan mahasiswa menyertai himpunan aman di bandar raya mendesak kebebasan selepas kecewa oleh terma dan syarat bayar balik skim pinjaman pelajaran tinggi kerajaan.

Namun pagi ini, kumpulan mahasiswa itu mendakwa diserang kira-kira 60 hingga 70 individu tidak dikenali mendesak agar mereka pulang.

Reaksi Mohamed Khaled  berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di Dataran Merdeka hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar terbabit.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak “angkuh” dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Mohd Syahid berkata, Mohamed Khaled sepatutnya mendengar keluhan pelajar berkenaan dan bukannya melayan mereka seperti anak kecil.

Menteri tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu, kata Mohd Syahid lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Malah sejak perlantikan Mohamed Khaled dilantik menjadi menteri KPT, ramai cendekiawan dan para akademik kurang senang dengan sikapnya yang didakwa bongkak dan tidak menghormati orang-orang berilmu dengan sikap kasar serta tidak bijak dalam merangka pelan pendidikan tinggi. 

Malah, ramai melihat beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan menteri jika dibandingkan dengan menteri-menteri bagi jawatan tersebut sebelum ini seperti Datuk Mustapha Mohamed yang dilihat lebih pandai berkomunikasi seperti ilmuan, mengambil hati para akademik dan mampu merancang pentadbiran.

Khaled juga dilaporkan telah gagal meningkatkan sokongan para pelajar dan akademik kepada kerajaan dan malah semakin teruk di saat kerajaan BN memerlukan sokongan dari golongan muda dan universiti. 

Hanya Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilihat bersungguh-sungguh untuk memenangi hati mahasiswa di universiti-universiti utama kerajaan seperti UM,UKM, USM,UTM dan UIA.

Saifuddin dilihat lebih bersikap terbuka dan berbincang dengan semua pihak di universiti. Namun begitu, sebagai Timbalan Menteri, kedudukannya membataskan kuasanya untuk merangka pelan dan pentadbiran IPTA. 

Mungkin disebabkan Saifuddin mempunyai pengalaman sebagai pemimpin pelajar dan beliau yang dikenali sebelum memasuki politik sepenuh masa, maka Saifuddin lebih memahami institusi universiti tidak kiralah pentadbiran ataupun hal ehwal pelajar.

Mohamed Khaled dilihat ramai bakal tidak disambung lagi sebagai menteri KPT walaupun BN terus memenangi pilihanraya umum akan datang. Beliau mungkin akan bertukar portfolio ataupun digugurkan sebagai menteri pusat. 

Ada ura-ura untuk membawanya bertanding di kerusi di DUN Johor bagi membolehkan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang berkemungkinan akan berpindah ke pusat.

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan yang mengaitkan serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam satu kejadian awal pagi ini.

Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.

“Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.

“Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena,” katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com