Skip to main content

SEBARAN SEGERA, MAHASISWA PERLU BANTUAN DI DATARAN

Dikhabarkan jam 3 pagi ini, anggota polis dan DBKL akan merobohkan khemah dan mengusir mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka bagi mendedsak pembelajaran percuma.

Dari maklumat di fb dan tweeter, telah ada lebih kurang 200 anak muda turun untuk mempertahankan mahasiswa ini, walaubagimana pun sumber itu sukar disahkan buat masa ini.

Tindakan mahasiswa itu dilihat sangat merbahaya kepada kerajaan, kerana ia mampu membuat masyarakat mula berfikir tentang tuntutan pembelajaran percuma, "jika negara lebih miskin dari malaysia boleh beri pendidikan percuma, mengapa malaysia tidak"


Jadi apa cara sekalipun, bagi rejim pemerintah mahasiswa itu perlu dihalau dari terus mmembuka minda rakyat terbanyak. dan malam hari adalah mungkin masa paling sesuai kerja jahat mengusir mereka boleh dilakukan kerana terlindung dari pandangan umum dan media.

Sebelum ini sudah 2 kali DBKL datang merobohkan khemah mereka, namun tindakan itu tidak berhasil kerana orang ramai datang memberikan sumbangan seperti khemah, makanan dan wang ringgit, sebagai tanda sokongan perjuangan mereka.

Universiti Dataran Merdeka juga telah diadakan disana, antara pensyarahnya ialah Pak samad (sasterawan Negara) yang semalam telah hadir memberi kuliah puisi., ini adalah amat merbahaya bagi pemerintah, kerana pak samad juga dianggap musuh pada rejim umno.


Jadi anak muda, jika anda mahu pendidikan percuma, atau anda perihatin tentang masa depan generasi akan datang.. pergi sekarang ke dataran dan selamatkan rakan pejuang kita, jika berjaya anda tidak lagi perlu pening kepala mahu biaya anak anda sambung sekolah... melainkan anda sudah terlalu kaya.. atau anda tidak mahu kisah ( sebab anda bodoh dan tak peduli apa pun)

Mahasiswa lain, mana anda, sampai hati biarkan rakan anda diperlaku begini..... turun sertai mereka di dataran merdeka... 10 tumbang 100 datang... mereka berani, kenapa anda pengecut?. jika 10, 000 mahasiswa turun, apa yang kerajaan mahu lakukan?., mahu pecat semua pelajar?


Sebarkan hasutan ini, saya tidak takut.. mengapa anda perlu khuatir........

INI NEGARA BUKAN NAJIB YANG PUNYA..... 



Comments

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-