Adsense Link 728 X 15;

Followers

Ahli politik BN, Pakatan bersemuka di Debatkini

Posted by Haluan Kiri Thursday, June 14, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

english forum 130612 01Buat pertamakalinya, Malaysiakini akan menganjurkan majlis yang membariskan empat ahli politik dari BN dan Pakatan Rakyat untuk berdebat mengenai isu-isu hangat yang mendepani negara ini.

Debat tersebut, yang akan diadakan Selasa ini dan bertajuk 'Is Malaysian democracy moving forward?' (adakah demokrasi Malaysia maju ke depan?) akan menyaksikan dua wakil, masing-masing daripada BN dan pembangkang.

Para pendebat ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno), Gan Ping Sieu (MCA), Mujahid Yusof Rawa (PAS) dan R Sivarasa (PKR).

Ia akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan pendaftaran untuk menghadiri majlis tersebut bermula jam 7.30 malam.

Sesi 90 minit akan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai EksekutifMalaysiakini, Premesh Chandran.

Chandran berkata selepas mempelopori industri berita dalam talian sejak 13 tahun lalu, kini tiba masanya bagi lamanweb itu untuk menganjurkan forum awam bagi menggalakkan pertukaran idea yang boleh bertindak sebagai pemangkin kepada proses pendemokrasian Malaysia.

Politik, tegasnya, tidak seharusnya sentiasa mengenai konfrontasi, tetapi sebaliknya, dialog intelektual antara parti-parti politik, diperlukan bagi mengelak polarisasi dan untuk memfokuskan kepada polisi.

Sejak beberapa bulan lepas, Malaysiakini telah menganjurkan siri debat dalam bahasa Cina di seluruh negara, tetapi ini adalah kali pertama debat dalam Bahasa Inggeris diadakan. Debat dalam Bahasa Melayu juga sedang dirancang.

Pemimpin muda lantang
Mengenai barisan pendebat pula, Chandran berkata, mereka mewakili kumpulan pemimpin politik muda yang lantang bersuara.

Datuk Abdul Rahman dan Gan khususnya, tegas beliau, adalah antara beberapa pemimpin BN yang memanfatkan Twitter untuk berkomunikasi dengan umum.

NONEMelalui debat Selasa ini, mereka akan berdepan secara terus dengan orang ramai, tambah Chandran (kanan).

Hadirin boleh mengemukakan soalan bertulis kepada empat pendebat berkenaan.

Soalan itu akan dipilih secara rawak, untuk memboleh semua orang peluang yang saksama bagi soalan mereka dikemukakan kepada barisan pendebat. 

Bayaran masuk ialah RM10 untuk membantu membiayai kos majlis tersebut.

Walaupun tiket boleh dibeli di KLSCAH pada hari berkenaan tetapi mereka yang menempah tiket lebih awal, berpeluang memenangi tiga set buku kartun Zunar.

Jangan ketinggalan! Datang ke KLSCAH pada jam 7.30 malam Selasa, 19 Jun ini untuk menyaksi majlis ulung Debatkini.

Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com