Adsense Link 728 X 15;

Followers

Pemikiran Politik Budak UiTM

Posted by Haluan Kiri Monday, June 11, 2012 1 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
“Hari-hari berbelanja pakai duit PTPTN, tapi nak melawan BN, tak bersyukur lagi ke?”
“Saya tak paham padahal UiTM sebagai universiti kerajaan dah membantu anak Melayu kita untuk memberi pendidikan, tapi ada juga yang mengutuk tindakan kerajaan.”
“Kita masuk UiTM ni untuk belajar, bukan nak berpolitik!”
Nampaknya politik di mata para mahasiswa khususnya mahasiswa UiTM sangatlah sempit.
Bagi mereka, adalah haram sama sekali untuk mahasiswa UiTM untuk mengutuk tindakan kerajaan.
Bagi mereka, adalah haram sama sekali untuk melawan Barisan Nasional.
Bagi mereka, adalah haram sama sekali menyokong parti-parti lain selain Barisan Nasional.
Bagi mereka, adalah haram sama sekali untuk mahasiswa berpolitik.
Bagi mereka, yang halal itu adalah dengan cara bersyukur kerana kerajaan telah memberi peluang kepada mereka untuk belajar di UiTM.
Bagi mereka, yang halal itu adalah dengan menjauhkan diri daripada politik dan belajar sahaja untuk mendapatkan keputusan yang bagus untuk mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa hadapan.
Oleh itu, ingin saya katakan di sini, sangat cetek pemikiran sebilangan besar mahasiswa UiTM kerana politik di mata mereka adalah politik parti semata-mata, dan adalah salah di mata mereka untuk mahasiswa berpolitik.
Nampaknya mereka gagal untuk memahami fungsi-fungsi politik dalam masyarakat. Bagi mereka, politik itu parti, parti itu politik.
Politik sebenarnya ya para mahasiswa, adalah lebih daripada itu. Politik adalah lebih daripada parti berentitikan Barisan Nasional ataupun parti yang melengkapi Pakatan Rakyat.
Politik adalah sebahagian daripada kehidupan kita di dunia ini.
Politik boleh disimpulkan sebagai sesuatu cara untuk mencapai tujuan tertentu. Politik juga boleh disimpulkan sebagai suatu proses di mana sekumpulan masyarakat membuat sesuatu keputusan secara berkumpulan untuk kebaikan bersama.
Mungkin sangat cetek pemikiran sebilangan besar mahasiswa UiTM kerana mereka tidak sedar bahawa di dalam kampus juga adanya politik?
Salah satu isu yang paling dekat dengan mahasiswa ialah isu tempat parkir kereta di kampus. Selalunya para mahasiswa akan membawa isu mengenai tempat parkir kereta ini kepada MPP kerana mereka percaya para MPP lah yang sepatutnya menyuarakan masalah tersebut kepada pihak atasan kerana mereka telah memilih MPP dengan cara mengundi dalam proses pilihanraya kampus.
Ya, wujudnya politik dalam kampus kita wahai mahasiswa.
Ya, politik bukanlah atas dasar parti semata-mata tetapi ia adalah sebahagian daripada hidup kita.
Oleh itu mahasiswa sekalian, bukalah mata, luaskan pemikiran.

Err.....UiTM ada parti lain ke selain Aspirasi???

Adsense Content. bottom of article

1 comments:

budak malaya said...

kompem kalau budak ni mintak keje aku tak kasi punya kah kah kah sebab pemikiran sempit. result bagus pun kalau pemikiran sempit macam mana nak cari erja yg bagus.. esok2 susah nak dapat kje cari la org UMNO tu mintak rekomen...kah kah kah..pernah terjadi masa saya belajar di ITM (thn 90-an ) esok nak exam kena paksa pegi sambut PM lepas tu program dari kul 8 mlm sampai ke tgh malam.. itu ke caranya nya nak bina modal insan...podah la UMNO

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com