Adsense Link 728 X 15;

Followers

Atlet Renang Wanita China Nafi Ambil Dadah Hingga Berjaya Pecah Rekod Renang Lelaki

Posted by Haluan Kiri Wednesday, August 1, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
Atlet Renang Wanita China Nafi Ambil Dadah Hingga Berjaya Pecah Rekod Renang Lelaki
London – Kejayaan atlet renang remaja China, Ye Shiwen merangkul kejayaan memecah rekod 400m dan merangkul emas telah mencetuskan kontroversi, selepas kejayaannya itu dinafikan oleh beberapa negara.
Malah jurulatih renang Amerika Syarikat, John Leonard menyifatkan kejayaannya memecah rekod itu sehingga berjaya mengatasi rekod peserta lelaki dalam acara sama sebagai `sesuatu yang tidak boleh dipercayai’.
Leonard juga mendakwa China menggunakan manupulasi genetik untuk meningkatkan persembahan atletnya itu.
Ye yang bertanding dalam acara berkenaan telah melakukan pecutan pada jarak 50m terakhir dan berjaya mencatat rekod 28.93 saat berbanding 29.1 saat yang dicatatkan atlet Amerika Syarikat, Ryan Locthte dalam acara sama kategori lelaki, beberapa minit sebelum itu.
Leonard turut membandingkan kejayaan Ye itu sama seperti yang dilakukan oleh sebilangan perenang Jerman Timur, menggunakan dadah untuk meningkatkan prestasi.
Bagaimanapun Ye menyangkal dakwaan itu dan menyifatkan kejayaan itu adalah atas kerja kerasnya selama ini.
“Saya tidak ada masalah langsung dengan ujian doping. Keputusan saya ini adalah kerana saya berusaha keras dalam latihan. Saya tidak akan sesekali menggunakan dadah terlarang,’’ katanya.
Dalam pada itu, pegawai anti doping China, mengecam kenyataan daripada jurulatih Amerika Syarikat itu.
“Kami tidak pernah mempersoalkan kejayaan Michael Phelps dalam sukan Olimpik Beijing pada 2008 lalu,’’ kata pegawai berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Sukan dan Anti Doping UK, Prof John Brewer berkata, ujian dadah yang dijalankan pada sukan Olimpik ini adalah mengikut disiplin yang ketat.
“ Kita tidak sepatutnya terkejut dengan persembahan menakjubkan oleh pemenang pingat emas ini kerana ia adalah berdasarkan kepada bakat, latihan dan cara hidup mereka.
“Perlu diingatkan bahawa China mempunyai ramai pelapis yang berbakat dan dengan jumlah penduduk yang ramai, kita tidak sepatutnya terkejut jika seseorang individu itu mempamerkan bakat luar biasanya,’’ katanya.-mynewshub
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com