Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Haluan Kiri


Kepada semua penjenguk blog ini saya selaku admin blog ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri setelah selesai mengerjakan ibadah puasa Ramadhan selama sebulan.

Ini adalah hari kemenangan kita dan selayaknya kita bergembira dan menyambut hari kemenangan di 1 Syawal dengan mengikut syariat Islam bukan mengikut kehendak hawa nafsu kita.

Semoga puasa kita semua umat Islam diterima Allah SWT dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripadaNYA. Disamping kita bergembira jangan lupa tunaikan kewajipan zakat fitrah dan ingatlah betapa ramai umat Islam di seluruh dunia yang menyambut hariraya dalam keadaan sengsara dan hadapi peperangan.


p/s: Admin juga ingin tawarkan kepada semua pengunjung setia blog ini yang berminat untuk menjadi penulis kedua/admin2 blog ini. Tiada bayaran atau elaun bulanan akan diberikan. Cukuplah sekadar membantu admin bagi meng'update' isu-isu semasa dan berita-berita menarik untuk dikongsi kepada pembaca. Jikalau berminat boleh menghubungi admin di haluankiri86@gmail.com.

Comments