Adsense Link 728 X 15;

Followers

Analisis Separuh Akhir ke 2 Selangor vs Kelantan

Posted by Haluan Kiri Friday, October 12, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

BIARPUN apa keputusan membabitkan Selangor dan Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, satu sejarah akan tercatat apabila dua gergasi bola sepak tanah air berentap untuk slot final di stadium sama.
Pertemuan separuh akhir pertama yang menyaksikan gol Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-62, menjadi pemisah aksi yang boleh diibaratkan final Piala Malaysia musim ini kerana kedua pasukan ini mempunyai kekuatan cukup seimbang kerana kedua-dua pasukan mempunyai ramai pemain berkualiti.
Selangor kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang dilihat mempunyai pemain gabungan senior dan junior semakin menunjukkan persembahan mengagumkan sejak bangkit daripada aksi tidak konsisten pada saingan kumpulan.
Sementara, Kelantan bimbingan Bojan Hodak pasukan paling konsisten sepanjang kempen Liga Malaysia apatah lagi menjuarai Liga Super dan juara Piala FA pastinya mahu menambah koleksi kejuaraan mereka.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum juga seimbang pada pusingan pertama Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor menewaskan Kelantan, 2-1 sekali gus memadam rekod tanpa kalah Red Warriors.
Kelantan menebus kembali kekecewaan dengan menewaskan Selangor di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu hasil jaringan Mohamad Ghaddar pada minit ke-25.
Ikuti temubual bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Ganusoccer.net, Bisharuzi Omar kekuatan dan kelemahan kedua-dua pasukan pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu menjelang separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.
Selangor
Penjaga Gol: Norazlan Razali
Kekuatan: Bermain baik pada separuh akhir pertama d Kota Bharu, banyak menyelamatkan percubaan berbisa jentera serangan Kelantan terutama Indra, Ghadar dan Farhan
Kelemahan: Gugup apabila beraksi pada perlawanan penting kerana kurang pengalaman di perlawanan antarabangsa, dan jika diasak hebat boleh melakukan kesilapan mudah seterusnya memberikan gol kepada lawan.
Pertahanan: Razman, Bunyamin, Gunalan, Ramez
Kekuatan: Gandingan Bunyamin dan Ramez serasi digandingkan pada separuh akhir pertama selepas Nasriq dikenakan kad merah dibuktikan kecemerlangan Rameq mengekang asakan lawan.
Kelemahan: Ketiadaan Nasriq akan dirasa jentera pertahanan Selangor, namun begitu bahagian ini perlu matang dan bijak berkomunikasi dengan penjaga gol bagi mengelakkan kesilapan mudah.
Tengah: Shafiq, Surendran, Veenod, Rozaimi
Kekuatan: Ketua Pasukan, Shafiq Rahim perlu bijak menggunakan kemahiran set peice untuk menghasilkan gol The Red Giants pada masa sama mematikan pergerakan jentera tengah Kelantan.
Kelemahan: Safiq Rahim harus lebih kreatif dan pantas membuka lebih banyak peluang kepada jentera peledak dikemudi Mohd Amri Yahyah dan Bosko Balaban biarpun pergerakannya dirantai pemain lawan.
Serangan: Amri, Bosko
Kekuatan: Jentera serangan memang banyak membantu Selangor pada peringkat kumpulan sebelum ini tambahan dengan kehadiran semula Amri di bahagian depan penting untuk mencetus semangat kepada pemain Selangor dalam mencipta gol. Kemasukan Rozaimi Abdul Rahman Jumaat ini juga boleh dianggap bonus kepada anak buah Irfan Bakti.
Kelemahan: Kurang variasi serangan kerana serangan Selangor hanya mengharapkan gol daripada Amri dan Bosko kerana barisan tengah mampu mencipta peluang menjaringkan gol
Kelantan
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat
Kekuatan: Pengalaman di pentas kebangsaan dan antarabangsa menjadi aset utama kepada benteng terakhir The Red Warriors ini tambahan prestasi konsisten mampu memberikan kelegaan kepada penyokong Kelantan.
Kelemahan: Anak muda berusia 23 tahun ini ada masanya beraksi di bawah kemampuan sebenar sedikit sebanyak memberi kesan kepada bahagian pertahanan Kelantan.
Pertahanan: Daudsu, Nik Mohd Shahrul, Obinna, Subramaniam,
Kekuatan: Barisan pertahanan mantap setiap posisi, pantas dalam memotong hantaran lawan halangan utama untuk lawan mencatat kemenangan.
Kelemahan: Kelemahan ketara pertahan Kelantan apabila diasak jentera serangan lawan mampu melakukan kesilapan mudah.
Tengah: Badhri Radzi, Indra Putra, Azlan Roya, Norfarhan
Kekuatan: Badhri mampu memberikan hantaran cantik memudahkan jentera hadapan pantas bergerak untuk memudah barisan serangan menjaringkan gol.
Kelemahan: Prestasi Badhri merudum sejak ke belakang ini, stamina jentera tengah Kelantan harus mampu bermain dalam tempoh 90 minit dan kerana mereka mungkin bermain di masa tambahan.
Serangan: Ghadar, Norshahrul
Kekuatan: Ghadar mampu bergerak pantas dan boleh menarik perhatian pertahanan Selangor untuk memberikan tumpuan kepada beliau. Ini akan memberikan peluang kepada pemain lain untuk menjaring gol seperti Farhan atau Indra
Kelemahan: Kadang-kadang barisan serangan Kelantan leka di hadapan gol dan tidak mahu memberikan bola kepada rakan walaupun berada dalam kedudukan selesa jaringan gol.
INFO
Liga Super
14 Februari 2012
Selangor 2 – 1 Kelantan
(Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur)
S Rahim 46’
B Balaban 75’
S Subramaniam 90’+1
Liga Super
29 June 2012
Kelantan 1 – 0 Selangor
(Stadium Sultan Mohammad IV ,Kota Bharu)
Mohamad Ghaddar 25’
Piala Malaysia
7 Oktober 2012
Separuh Akhir Pertama
Kelantan 1 – Selangor 0
(Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu)
Mohd Norfarhan Muhammad 62′
www.sinarharian.com.my
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com