Adsense Link 728 X 15;

Followers

Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda?

Posted by Haluan Kiri Wednesday, October 10, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Debat Bajet 2013  Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda?

Debat Bajet 2013 : Sebelum ini, kami mengharapkan ada pertemuaan empat mata antara Ketua pembangkang dan juga ketua kerajaan Malaysia semasa sesi perbahasan Bajet 2013, tetapi bukan sahaja hasrat malah pun hasrat kebanyakan rakyat Malaysia. Rupanya sangkaan kami meleset. Bukanlah…

Debat Perdana Menteri Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda?

Bukanlah kami mahu melihat perdebatan semata, tetapi lebih kepada diskusi antara pemimpin tertinggi Malaysia yang diiktiraf kedudukan mereka dalam Parlimen untuk membincangkan bersama, terutamanya halatuju ekonomi negara berdasarkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat walaupun berlainan ideologi politik. Apatah lagi, ia proses yang sangat baik supaya ada “check and balance”.
Yang mana baik perlu diperbaiki dan sudah baik diperkemaskan lagi.
Debat Pilihanraya Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda?  

Itupun masih lagi sehingga hari ini belum menjadi realiti. Entahlah…kami pun tidak tahu sampai bila. Walaubagaimanapun, hasrat kami “terubatlah” apabila sekali lagi rakyat Malaysia dihidangkan sesi wacana ilmu yang sangat baik, apatah lagi tajuk debat kali ini adalahDebat Bajet 2013. Sangat relevan dan ucapan tahniah kami ucapkan kepada Kumpulan Karangkraf kerana “terus berani” mengadakan wacana ilmu seperti ini.

Maklumat Debat Bajet 2013 : 

Ahli panel Debat Bajet 2013 :
  • YB Datuk Abdul Rahman Dahlan (Barisan Nasional) – MP Kota Belud
  • YB Tony Pua (Pakatan Rakyat) – MP Petaling Jaya Utara
Tarikh : 8.30 malam
Lokasi : Audiotorium Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam
Dipendekkan cerita lokasi sama dengan Debat Khairy VS Rafizi sebelum ini. Sebenarnya dalam ramai-rami ahli Parlimen Barisan Nasional, YB Kota Belud Abdul Rahman Dahlan yang kami rasakan lebih layak berbanding beberapa menteri yang sedia ada dalam kabinet hari ini.

Beliau kami perhatikan sangat aktif di Parlimen, berani berdepan dan berbahas mengenai beberapa isu permasalahan rakyat di Dewan Rakyat, ada ketikanya idea dan pandangan beliau sangat baik dan yang paling penting sekali beliau hari ini berani tampil sekali lagi berdebat satu tajuk yang cukup baik, Debat Bajet 2013. Tahniah….

Debat Romney Obama  Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda?

P/S : Selepas Debat Bajet 2013, Kami masih menantikan pengumuman untuk mengadakan Debat Perdana Menteri antara Ketua Kerajaan Malaysia VS Ketua Pembangkang. Moga-moga ia menjadi realiti…..

PP/S : Baru-baru ini sahaja kami baru menonton Debat Perdana Menteri Amerika di antara Barack Obama (Parti Demokrat) VS Mitt Romney (Parti Republikan) sangat baik. Tiada ayat-ayat jelek, mencaci, merendahkan kebolehan orang lain, mengajuk atau mengutuk antara satu sama lain. Masing-masing membawa satu polisi yang boleh meyakinkan dan menguntungkan.

PPP/S : Bukannya “baling batu, sembunyi tangan” semata. Nak jadi pemimpin ini mesti berani, berani berdepan dengan rakyat. Bukan hanya menjadi jaguh de depan penykong sendiri semata.
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com