Adsense Link 728 X 15;

Followers

Hati-hati Siswa dan Siswi. Jangan terpedaya dengan helah jualan kereta PERODUA!

Posted by Haluan Kiri Sunday, October 14, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
Beli Kereta Siswa!! Beli Kereta Perodua Kami, Lebih Mudah? Khas Untuk Pelajar Tahun Akhir IPTS & IPTA!!
Belum masuk alam pekerjaan lagi, sudah ditawarkan kepada anak-anak muda dengan mengajak siswa beli kereta Perodua mereka? Kalau mengangur bagaimana? Adakah Perodua akan ada tawaran “grace period” tidak perlu bayar untuk tempoh setahun lamanya?
Sudah tentu tidak. Mereka mesti mahu untung dengan apa cara sekalipun. kelihatan, orang kuat Perodua ini sudah mula panas punggung. KPI belum tercapai agaknya pada tahun 2012 ini.
Syarikat Perodua ini jugalah baru-baru ini yang mencadangkan kereta melebihi 10 tahun dilupuskan. Apa alasan yang mereka berikan? Tidak selamat katanya? Tidak selamat atau jualan perdoua sedang merudum sekarang? Yang mana satu?
Memang mereka hanya mengira “perut” mereka sahaja. Tidak syak lagi.

Hanya Bawa Kad Matrik & Penjamin Boleh Beli Kereta Perodua

Beli Kereta Perodua Siswa!! Beli Kereta Perodua Kami, Lebih Mudah? Khas Untuk Pelajar Tahun Akhir IPTS & IPTA!!
Nampaknya penjual kereta sekarang dilihat mahu mengajar Bank Negara Malaysia (BNM) bagaimana nak uruskan polisi kewangan di Malaysia?
Bukankah 4-5 tahun lepas Perodua dilihat bersungguh-sungguh  naikkan harga “replacement Kancil” atas alasan model kereta mereka ada “bau-bau” Jepun? Sekarang ini mereka sendiri yang melatah dengan tindakan mereka dahulu….

Tawaran Terbaru Beli Kereta Perodua Yang Baru Kepada Kelompok Ini. Apa Positif?

  • Adakah Perodua mahu menambah bilangan orang muda ke arah bankrupsi yang telah ada sedia ramai ketika ini? (Sumber)
  • Adakah pelajar-pelajar ini, habis sahaja belajar terus ditawarkan pekerjaan?
  • Adakah peluang pekerjaan terhidang begitu luas kepada kelompok pelajar ini sehingga ditawarkan untuk beli keretabaru ini? Jika ya…..mengapa permohonan KPLI sehingga berpuluh ribu setiap tahun?
  • Kalau pelajar ini terpaksa extend bagaimana? Pada masa itu, sudah ada tanggungan hutang kereta? Erm….
Downpayment tak perlu bayar, tunjuk kad matrik dan bawa sekali seorang penjamin yang pastinya kalangan ayah @ emak @ adik beradik mereka. Kami yakin penjamin pinjaman kereta ini adalah penjamin pinjaman PTPTN juga. Dan apabila siswa itu tak dapat kerja dengan segera, penjamin pula yang akan menanggung 2 hutang pula :
  • Hutang PTPTN
  • Hutang Kereta
Siswa bangkrap, penjamin pun bangkrap sama. Daripada tiada masalah, cari masalah tanpa membuat keputusan dengan pertimbangan yang sewajarnya. Hakikat sebenarnya :
Bukan siswa itu yang beli kereta Perodua baru, tetapi penjamin atau ibubapa siswa itulah yang beli kereta sebenarnya”
Apa-apa hal yang berlaku di kemudian hari, penjamin-penjamin inilah yang akan kena. Skim ini cuma salah cara untung menguntung jualan kereta Perodua sahaja.
Siswa Beli Kereta Siswa!! Beli Kereta Perodua Kami, Lebih Mudah? Khas Untuk Pelajar Tahun Akhir IPTS & IPTA!!
Sepatutnya, budak-budak yang baru graduasi ini atau dalam proses mahu grad ini, diajar bagaimana nak menjadi “kuat” sebelum menempuh alam pekerjaan termasuklah juga ilmu-ilmu kewangan yang sepatutnya diterapkan dalam diri anak-anak muda ini. Berikan mereka kesedaran.
Bagi kami idea seperti hanya menguntung Perodua sahaja. Skim yang ditawarkan oleh Perodua, jikalau dikehendaki membawa penjamin kami pasti tiada masalah sekarang siswa untuk beli kereta Perodua baru dengan lebih mudah tanpa memikirkan risiko di kemudian hari.
Ini ditambah pula dengan skim yang mereka tawarkan sekarang, yang dipanggil “skim Belon”
  • Mula-mula bayar rendah
  • Makin lama makin mahal
  • Nanti masuk 5 tahun hutang kereta masih lagi berlambak-lambak disebabkan bayaran bulanan pada permulaan dahulu kecil atau rendah.
  • Akhirnya, pada masa tahun tersebut, anak-anak muda “terpaksa” membuat kerja overtime” bagi menampung kos pembelian kereta mereka ketika di tahun akhir universiti dahulu
  • Masa itulah nak kahwin dan beberapa komitmen dan tanggungjawab lain. Nak kahwin hutang lain? Akhirnya jadilah masalah seperti tajuk laporan berita yang pernah kami keluarkan dahulu “Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000-RM15,000 Bagi Pasangan Lulusan Ijazah!! Anda Setuju?”
Walaupun, mengatakan bayaran bulanan hutang beli kereta baru ini boleh diselesaikan mengikut masa, tetapi perlu difikirkan juga duit minyak, tol, insurans & kos penyelenggaraan kereta perlu difikirkan juga.
Walaubagaimanapun, kami hanya berkongsi sedikit pandangan sahaja, anda yang berhak menentukan baik buruknya sebelum membuat keputusan. Terpulang….
P/S : Anak-anak muda kena paham erti perit-jerih mencari duri, barulah boleh diberikan peluang untuk membuat hutang kereta. Ini tidak, hutang dulu, cari kerja kemudian? Itu pun kalau dapat kerja. Kalau tak dapat kerja lagi? Nak bayar macammana?
PP/S : Walaupun RM299 sebulan, nampak macam tak banyak tetapi dengan RM300 itulah,  belanja dapur 1 keluarga anak 2….
PPP/S : Mengapa tidak turunkan harga kereta anda pada kadar yang munasabah?
Apa kata dan pendapat anda pula? Mungkin ada idea penambaikan kepada cadangan ini?
Sumber: BeritaSemasa.com
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com