Skip to main content

Kelantan menang Anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik


Norshahrul Idlan Talaha @ Mat Yo
Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha @ Mat Yo
SHAH ALAM - Norshahrul Idlan Talaha, pemain dari Kelantan, merangkul dua kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2012, hari ini.



Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik tahun ini.

Anugerah Penyerang Terbaik dimenangi tiga kali berturut-turut.

Tahun ini dia menambah anugerah Pemain Paling Bernilai, mengalahkan Mohd Badri Radzi (Kelantan) dan Hairuddin Omar (ATM).

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan diwujudkan sebagai satu pengiktirafan ke atas pemain, jurulatih, kelab dan pihak pengurusan selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia baru-baru ini.


Pemenang anugerah kali ini:

Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM)

Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)

Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Harapan Terbaik - Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

Jurulatih Terbaik -  B Sathiananthan (ATM)

Pemain Paling Bernilai - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)

Pengadil Terbaik - Nafeez Abd. Wahab

Anugerah Khas Program Pembagunan Bola Sepak Kebangsaan - Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pembagunan Sukan)

Anugerah Khas Bola Sepak Kebangsaan - Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Mihat

Anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik- Kelantan

Anugerah Kelab Bola Sepak Terbaik - Sime Darby FC

Anugerah Kelab Penyokong Terbaik - Angkatan Tentera Malaysia ( ATM)

Comments