Adsense Link 728 X 15;

Followers

PERODUA Tawar Peluang Siswa Beli Kereta

Posted by Haluan Kiri Friday, October 12, 2012 2 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Kuantan - Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.
Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’. 
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan. 
Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.
Tunjuk kad pelajar
Beliau berkata, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA. 
“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.
“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz.
Perlindungan insurans kemalangan
Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.
Dalam pada itu, Aminar Rashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP berkata, penganjuran program Expoconvo itu penting untuk mempromosikan pesta konvokesyen yang menjadi acara tahunan universiti berkenaan.    -Bharian
Adsense Content. bottom of article

2 comments:

Hanih Borhan said...

untunglah final year student...

Pendokong alim ulama said...

ini bukan untung bro..ini nk mencekik...

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com