Skip to main content

"Tahniah Kelantan"-Irfan Bakti


Irfan Bakti Abu SalimKETUA Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan jaringan penyerang Kelantan, Mohamed Ghaddar memusnahkan Misi 33 yang tampak seakan menjadi kali ini.


Jelasnya, gol itu seperti mengulangi skrip di Kota Bharu apabila jaringan dihasilkan menerusi gerakan dari kawasan tengah padang.

"Pertama kali saya ucapkan tahniah kepada Kelantan yang berjaya masuk ke peringkat akhir. Memang sedikit kecewa dan saya akui jaringan Ghaddar memusnahkan segala harapan menggunung pemain dan peminat Selangor.

"Pemain juga kekeringan idea di depan pintu gol dan gagal memanfaatkan peluang dimiliki. Apa pun, saya berpuas hati keseluruhan aksi mereka sepanjang perlawanan," katanya selepas perlawanan berakhir.

Di minta mengulas Bosko Balaban yang menerima kad merah, Irfan berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sebagai pemain berpengalaman, Bosko harus bijak menangani situasi sedemikian dan tidak keras kepala. Juga sama kes Nasriq Baharom yang dibuang padang dalam aksi separuh akhir pertama," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyerahkan masa depannya di tangan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas berjaya membantu Merah Kuning meraih tempat ketiga Liga Super dan mara ke pusingan kedua Piala FA musim ini.

Comments

  1. tolong linkkan blog http://wasukalu.blogspot.com/ di sini. blog tuan sudah di linkkan. terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-