Adsense Link 728 X 15;

Followers

Mati terjatuh sebelum jumpa kekasih - Fitnah KOSMO?

Posted by Haluan Kiri Saturday, November 24, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300


Kisah seorang remaja yang mati terjatuh sebab nak jumpa kekasih sebenarnya agak kecoh gak di wall sesetengah orang. Ada yang kutuk, ada yang rasa kesal dan ada yang rasa emmm..kenapa la adik neh sanggup langgar arahan ibu bapa dan tegar jumpa kekasih walaupun dah kena kurung.. kan dah meninggal dunia tak pasal2.


Macam2 persepsi dan tanggapan negatif yang timbul. First time aku baca cerita neh pun aku rasa demm.. adik neh masih muda. Kan bagus kalau dia gunakan perasan dia di tempat yang betul. Perasaan cinta itu tak salah tetapi salurkan ia ditempat yang betul dengan gunakan cara yang betul. Itulah persepsi aku setiap kali terbaca kisah2 gadis yang meninggal ke, bunuh diri ke dan etc disebabkan cinta.

Sekarang neh menurut laporan kosmo ;

Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.
Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.
Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.
Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.
Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.
Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu. -KOSMO-



Namun apa yang dipaparkan oleh kosmo, dinafikan oleh seorang remaja kenalan arwah [dipercayai] dan lelaki yang dipercayai kekasih kepada arwah. Ini antara screenshot twitter mereka yang mengulas mengenai pemberitaan kosmo ;







Siapa betul siapa salah aku memang tatau. Susah nak cakap walaupun kosmo dah banyak kali terkantoi suka me-reka2 citer dan kaki merepek serta menfitnah. Terutamanya bab politik. Berita berat sebelah. Bagi mereka2 yang dah terkena dengan kosmo akan tahu betapa kosmo itu akhbar yang suka menipu sama sebijik macam utusan dah adik beradik kan.

Apa pun dalam isu neh, aku belum jelas siapa menipu dan siapa yang tidak. Cuma nak bagitau bahawa tanggapan telah terbentuk. Persepsi sudah tersebar. Sesiapa yang baca berita ini sedikit sebanyak pasti akan merasa haizhhh napa la ko sanggup buat begini untuk jumpa lelaki. Sanggup derhaka kat mak bapak pula tue. Itu ialah tanggapan biasa bila sesiapa baca berita ini. Tanggapan aku juga begitu. Sukar nak ada tanggapan baik bila membaca cara ia dilaporkan.

Jadi nasihat aku, jika benar la kosmo itu menipu dan me-reka2 cerita, desak la kosmo tarik balik dan minta maaf. Jika mereka enggan bertanggungjawab, boleh la saman. Jangan biarkan fitnah berterusan jika benar berita yang dilaporkan oleh wartawan kosmo berupa fitnah. Bukan apa.. kesian gak kat keluarga arwah. Yang meninggal dah selamat.. yang masih hidup ini hah.. tak pasal2 menanggung malu akibat persepsi serong. Fikir-fikirkan oke.

Bai.



Sumber : http://sozcyili.blogspot.com/
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com