Skip to main content

Debat Najib-Anwar: Mahasiswa Serah Surat Jemputan


Kuala Lumpur - Wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPPUM), Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Fahmi Zainol akan menganjurkan debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan Februari tahun depan.
 
Beliau telah menyerahkan surat jemputan program debat tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam program Majlis Perdana Menteri Bersama Pimpinan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi  di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
 
Menurut Fahmi Zainol lagi, "Tujuan saya menjemput Perdana Menteri berdebat dengan Ketua Pembangkang adalah disebabkan majlis debat tersebut mampu memberikan pendedahan idealisme yang dibawa setiap pemimpin kepada mahasiswa, selain itu menjadi medan penyatuan antara parti politik yang berbeza idologi politik, dapat membuka minda mahasiswa tentang politik masa depan dan secara tidak langsung membuka dimensi politi baru."
 
Tambah beliau lagi, "Pilihanraya Umum ke 13 makin hampir, mahasiswa memerlukan pencerahan dan pembawakan idea setiap pemimpin."
 
"Pembawakan idealisme yang dibawa oleh setiap pemimpin adalah penting bagi kami sebagai mahasiswa untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab," katanya lagi. - mahasiswakini

Comments