Skip to main content

Drama ‘Islamik’ Astro Prima, Sahara Hina Islam ?


Betul lah orang kata, akhir zaman memang ramai gunakan nama ‘agama’ atas dasar kepentingan diri sendiri. Begitulah yang berlaku kepada pengarah dan pasukan drama bertemakan islamik, Sahara yang disiarkan di Astro Prima.
Drama yang berkonsepkan cinta islamik itu langsung tidak menepati syariah. Bayangkan seorang pelakon, memakai niqab, dan akhirnya boleh berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim.
Ia lakonan,tapi ternyata mencemarkan Islam. Sudah tentu mereka akan membusukkan nama islam di kaca mata seorang non muslim, sedia maklum di Malaysia kita dikelilingi pelbagai golongan agama.
Hal ini membangkitkan rasa marah dalam kalangan niqabis sendiri. Tentulah, mereka tidak mahu simbol pakaian islamik mereka dicemari kisah tidak enak seperti digambarkan dalam drama Sahara ini.

Susah kalau manusia hanya berfikir soal duit, tanpa berfikir akan kesan jangka panjang. Mohon pihak Astro lebih prihatin dan tidak menyiarkan lagi drama ini. – Via wootmedia

Di bawah ni pula dipetik daripada page Hentikan Drama Sahara..
Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nak menonjolkan kesucian islam bukan memperlekehkan pakaian sunnah. Betul….kami niqabis bukan sempurna tapi jgn diperlekehkan pakaian sunnah ini…kalau kamu sayang pada baginda saw..kamu x mungkin membuat penghinaan seperti ini kan? Mungkin drama ini konsep dakwah komedi tp harus clear perkara2 yg boleh merosakkan aqidah. Kamu pencetus pemikiran negatif pada jiwa anak2 org islam. Bagaimana org lain ingin melihat islam itu agama yg suci dan indah bilamana kamu sendiri yg merosakkannya. Fikir2kan lah..hidup kita bukan atas dunia saja…apa yg kita tanam..dapatlah hasilnya di akhirat nanti. Wallahua’lam.
Pihak Astro sila Hentikan Drama Sahara ini serta merta!!!

Comments