Adsense Link 728 X 15;

Followers

#KL112: Kukuh perpaduan rakyat rentas kaum

Posted by Haluan Kiri Saturday, January 12, 2013 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

PASCA merdeka Tanah Melayu dilengkapi dengan sistem Raja Berperlembagaan yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Kita tidak lagi perlu bersusah payah mengangkat senjata atau buluh runcing untuk mempertahan anak dara kita daripada dirogol askar Jepun atau bertempur menumpah darah melawan British untuk membebaskan tanah air.

Masa berlalu dengan pantas dan kini kita dapat melihat mercu tanda Malaysia, KLCC berdiri megah di tengah ibu kota mengalahkan Bangunan Dayabumi yang pernah menjadi sejarah kebanggaan negara sekitar tahun 70-an lalu.

Bagaimanapun, pembangunan rancak negara ini disulami dengan penularan melampau gejala rasuah oleh pemimpin UMNO-BN ‘melantak’ duit cukai rakyat seiring dengan pencabulan berterusan terhadap demokrasi, keadilan dan kebebasan rakyat.

Akibatnya, rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi saban tahun dan ketidakadilan pembahagian sumber hasil negara. Segala projek, perniagaan utama terus dimonopoli syarikat dan individu tertentu. Melalui akhbar arus perdana, rakyat dimomokkan dengan sentimen agama dan kaum yang berpanjangan. Umat Melayu Islam terus ditipu buta-buta dengan mainan kalimah Allah dan negara Kristian biarpun di luar daripada logik akal. Sampai bila kita harus begini?

Najib terbeban, dibeban dan membebani
Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pelbagai pendedahan skandal terus  tersembul keluar. Beliau adalah simbol beban negara; terbeban, dibebani dan membebani. BN tidak serius menuntun negara ke arah yang lebih baik.

Malapetaka buat Malaysia. Semuanya dapat dilihat melalui dakwaan serius membabitkan pengaliran keluar wang haram secara ‘mega’, kes pembelian kapal selam Scorpene, pembunuhan Altantuya, kes cincin RM24 juta, kes rasuah 19 bentuk cincin bernilai RM13 juta, pembolotan tanah oleh kroni dan pimpinan BN, kes jenayah yang makin meningkat, salah guna kuasa polis, kematian tahanan dalam lokap, isu penerokaan balak haram, royalti petroleum, penaklukan kilang asing Lynas yang membahayakan, pengusiran berstrategi penduduk Pengerang dan banyak lagi.

Gejala salah guna kuasa dan rasuah ini melingkupkan segala dasar dan slogan yang dirangka UMNO-BN sendiri. Sebab itulah, segala projek membangunkan Malaysia termasuk Dasar Ekonomi Baru, Bersih Cekap Amanah, Islam Hadhari, 1Malaysia dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) mengalami kegagalan dan terbantut.

Sebagai rakyat yang mengaku rasional dan bijak, adakah wajar membiarkan kelahapan dan kebobrokan UMNO-BN ini berterusan? Siapakah pula yang bakal menanggung rugi jika perkara ini dibiarkan?

Kebangkitan rakyat Timur Tengah: Arab Spring
Apabila daerah Sidi Bouzid memulakan sejarah baru bagi bumi Tunisia, maka berangkatlah Presidennya Zainal Abidin Ali yang super korup bermohon suaka ke bawah keluarga Raja Saud di bumi Jeddah.

Dalam senggang waktu pesta demokrasi Tunisia, Mesir pula bergoncang dengan suara rakyat menuntut keadilan, ketelusan dan demokrasi yang lebih adil. Akhirnya, Presiden Hosni Mubarak, seorang lagi pemerintah yang angkuh mohon mengundur diri. Saat ini, Mesir mula mengorak langkah baru membina negara berpaksikan demokrasi, keamanan dan keadilan untuk semua rakyatnya.

Kebangkitan dunia Arab yang dinamai Arab Spring ini terus melakar sejarah di negara Arab yang lain seperti di Algeria, Syria, Libya, Yemen, Oman, Bahrain, Lubnan, Maghribi dan beberapa negara lagi menuntut kedaulatan buat negara dan rakyat.

Rakyat Malaysia, kebangkitan dan demokrasi
Minda rakyat Malaysia yang makin tercerah mewajarkan suara dan tuntutan mereka didengar pemerintah UMNO-BN. Rakyat tidak lagi dungu, namun, ibarat anjing menyalak bukit, suara suci rakyat menuntut perubahan tidak dipedulikan.

Apabila peti undi menjadi sarang manipulasi, apabila suara rakyat bawahan terbungkam dijerkah penguasa, apabila bumi yang subur diracun bahan berbahaya, apabila nelayan diusir dari tanah mereka, apabila peneroka tanah ditipu syarikat kroni, maka seluruh rakyat malaysia yang mendokong aspirasi keadilan dan demokrasi harus bangkit bersama hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, pada 12 Januari ini (Sabtu).

Sudah tentu, kita tidak mahu kebangkitan rakyat ini bakal berakhir dengan tindakan anarkisme yang bakal menyusahkan semua pihak apalagi anak kita baru masuk sekolah, graduan universiti baru mula bekerja, kehangatan tahun baru masih terasa dan Tahun Baru Cina sudah makin hampir dengan tawaran jualan murah di sana sini.

Lagipun, jauh jarak Dataran Tahrir Mesir ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur memakan lebih 16,000 kilometer jika melalui jalan darat. Ibarat langit dan bumi, tentu sekali demografi politik, geografi dan sosial negara arab jauh bezanya dengan Malaysia.

Kita mahu Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 ini berlangsung secara aman dan suara kita diambil pusing oleh pemerintah.  Adakah UMNO-BN akan peduli? atau, merekalah yang bakal membunuh diri sendiri dalam riak gelombang rakyat menuntut perubahan. Jumpa di Kuala Lumpur, KL112! – Roketkini.com
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com