Skip to main content

SPRM siasat pengadil perlawanan Kelantan-Johor Darul Takzim


Kelantan vs Johor Darul Takzim 2013

TIUPAN wisel penamat oleh pengadil perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) yang menimbulkan kontroversi, malam kelmarin, rupa-rupanya tidak berakhir setakat itu saja kerana beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.


Sumber berkata, pegawai SPRM dilihat memasuki bilik persalinan pengadil di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu selepas perlawanan berakhir 10 minit dan mengambil keterangan pengadil, Suhaimi Mat Hassan. “Ia prosedur biasa bagi SPRM untuk menjalankan siasatan jika ada unsur dan kecenderungan menjual perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Suhaimi dikatakan menamatkan perlawanan lebih awal walaupun ada lagi beberapa minit masa kecederaan.

– Harian Metro

Comments