Skip to main content

IKEA tarik balik penjualan bebola daging

KUALA LUMPUR: Ikea menarik balik bebola daging yang dijual di restorannya berikutan dakwaan produk terbabit dicemari daging kuda.

Arahan ini melibatkan semua gedung Ikea di 21 negara eropah, susulan penemuan DNA kuda oleh pihak berkuasa Republik Czech pada Isnin.

Bebola daging Ikea yang dijual di hampir seluruh negara Eropah, dibekalkan oleh satu syarikat yang berpangkalan di Sweden.

Namun gedung Ikea di luar Eropah, tidak terjejas dengan arahan ini.

Jurucakap Ikea memberitahu, pihaknya sudah menjalankan ujian di semua produk makanannya dua minggu lalu, tetapi tidak menjumpai sebarang kandungan daging kuda.

Oleh itu, Ikea akan menjalankan satu lagi ujian, bagi mengesahkan penemuan oleh pihak berkuasa Republik Czech.

Pihak berkuasa kesatuan Eropah sebelum ini memaklumkan isu pencemaran daging kuda ini hanya melibatkan penipuan pada label produk, dan ia tidak memberi risiko kesihatan.

Iklan

Kami sedang mencari seorang yang rajin menulis atau aktif berblogging tentang isu semasa/sukan/politik untuk menjadi penulis kedua atau admin assistant blog ini. Jika berminat hubungi admin di haluankiri86@gmail.com segera. 

Comments