Skip to main content

TERKINI: Tahi Bintang LURUH Dari Angkasa, 400 Orang Cedera Di Rusia!

TERKINI: Tahi Bintang LURUH Dari Angkasa, 400 Cedera Di Rusia Setakat Ini!
YEKATERINBURG/CHELYABINSK – Kira-kira 400 mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api  menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.
Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.
20132157561258734_20
Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.
Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan.
Sementara itu  MALAM INI dijangka asteroid akan menghampiri bumi dengan kadar kelajuan lebih ‘cepat daripada peluru’.
Ia dijangka tiba pada 2.24 petang EST atau 1.24 pagi waktu Malaysia.
Bagaimanapun menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa), tiada peluang bagi asteroid itu – yang dikesan setahun lalu dan dinamakan 2012 DA14 – akan TERKENA bumi.
Jarak paling hampir pun adalah 27,359 kilometer – atau satu setengah kali garis pusat bumi.
Ia dekat sekali – bulan saja jauhnya 30 kali garis pusat bumi.
Jika terkena bumi, impaknya akan sama dengan asteroid yang terhempas di Russia pada 1908, sehingga menghapuskan jutaan pokok seluas 2,100 kilometer persegi atau tiga kali saiz Singapura.
Dulu, tahi bintang yang terhempas di bumi dikatakan menyebabkan dinosaur pupus sekitar 65 juta tahun lalu – sebesar 10 kilometer lebarnya, dengan daya kuasa ledakan sebilion kali lebih dahsyat daripada bom atom yang memusnahkan Hiroshima and Nagasaki.
Bagi mereka yang berminat, 2012 DA14 besar kemungkinan boleh dilihat malam nanti dengan menggunakan teleskop kecil saja.

Comments