Skip to main content

Twitter Prime Minister Office (PMO) Nafikan Parlimen Bubar Hari Ini

parlimen

Twitter PMO sebentar tadi memberitahu bahawa khabar berkaitan pembubaran Parlimen pada hari ini seperti yang kecoh di media sosial adalah tidak benar.
Tweet berkenaan adalah seperti berikut;
@PMOMalaysia: Salam sejahtera, khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini oleh Perdana Menteri @NajibRazak tidak benar sama sekali.
Sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu Mynewshub, transkrip pembubaran Parlimen pukul 12.30 tengahari tadi seperti yang tersebar di Facebook adalah palsu.
Banyak pihak yang yakin dengan khabar angin itu kerana dikatakan transkrip kenyataan pembubaran oleh Najib telah diserah pada pukul 12.35 tengah hari tadi.
Sebelum ini ramai pihak menjangkakan parlimen dibubarkan pada 15 Mac lalu namun ternyata ianya tidak benar sama sekali.

Comments